Assalamualaikum
Ok guys. Entry ni aku tulis beberapa minit sebelum aku memulakan tugas aku untuk menyiapkan projek yang diberikan oleh pensyarah aku. Ni aku tulis just untuk berkongsi dengan korang. InsyaAllah. If korang amalkan benda nie ade barakahnya. 2 benda je. Ok. Seriously guys. Simple giler sampaikan takyah nak kena bayar pape pun kat aku. Bace nie and amalkan je ok. Ok :
1. Solat Dhuha - Ape tu solat dhuha? Solat dhuha ni dikatakan solat yang boleh membuka pintu rezeki kepada si pengamalnya. Yang mane InsyaAllah orang kate rezeki mudah masuk. Tapi jangan lak korang amalkan solat ni semata-mata nak rezeki yang melimpah ruah. Haa.. tu dah niat salah tu. Niat solat ni kerana Allah S.W.T. dan insyaAllah ade akan dibuka pintu rezeki untuk kita. Tapi kalau korang solat ni dengan niat nak rumah baru. nak rezeki bertimbun - timbun..Nak BMW 5-series. insyaAllah. Korang dapat jugak. Tapi dapat letih jelah sebab niat bukan kerana Allah. Ok. So faham dan tahu niat kita untuk beribadat nie. Selalunya dilakukan time2 pagi la sesuai dengan maksud dhuha tu sendiri iaitu pagi. Dan korang bleh tunaikan secara 2 , 4 , 8 atau 12 rakaat. So pas korang solat subuh tuh. tunggu la matahari naik sikit pastu then wat lah solat dhuha nie. Sebab tu jugak kita tidak diajukan untuk tidur lepas subuh sebab ianya perbuatan yang menutup pintu rezeki kita. *tapi aku kekadang tidur gak* hehe.
p/s : klik http://fabulousnana.com/blog/2011/04/solat-dhuha-dan-kebaikannya/ / http://permai1.tripod.com/dhuha.html untuk tahu cara dan fadhilat solat dhuha dengan lebih lanjut.
2. Bacaan al- Mathurat - Ape plak al - Mathurat ni kan ? Al- Mathurat ni ialah salah satu wirid zikir yang sangat bagus yang mana merupakan zikir yang selalu diamalkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sekarang nie pun korang boleh dapatkan di pasaran yang mane disusun oleh As - Syahid Imam Hassan al - Banna. kedai2 buku ke. tipu lah kalau kate tak jumpa. nak yg besar ke kecik ke lebar ke tebal ke nipis ke sume ade lar org cakap. seriously. simple dan byk fadhilatnya. Dan selalunya orang amal bace al - mathurat nie pagi dan petang iaitu selepas solat subuh dan selepas solat asar. InsyaAllah ade barakahnya. *aku pun baru nak amalkan semula sebab dah lame tinggal* hehe
p/s : klik http://melangkahterus.blogspot.com/2009/07/kelebihan-al-mathurat.html untuk mengetahui kelebihan yang lebih lanjut mengenai amalan membaca al - mathurat.
So guys. senang kan? simple and steady je. InsyaAllah if korang amalkan benda dengan penuh pengharapan maka korang akan dapat fadhilatnya. jangan amalkan sebab nak eksyen sudah. Or nak tunjuk kat orang "hey! aku slalu solat dhuha dan bace mathurat la..ko buat?"..haa...nanty tak pasal2 letih je korang dapat eventhough benda ni tak meletihkan. Sebab kalau zaman para sahabat dulu pun. Solat dhuha adalah salah satu solat yang menjadi kategori solat wajib bagi dorang. Nak tunjuk betapa hebatnya solat ni. And zikir ni selalu diamalkan oleh Rasulullah S.A.W sendiri yang mana sudah maksum. sudah dijanjikan syurga sampaikan kalau baginda tak amalkan ni pun gerenti masuk syurga tapi baginda tetap amalkan. Kenape? Kerana hebatnya zikir al - mathurat nie. So 2 benda ini free je buat and ikhlas and korang dapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla. Wallahu'alam. :)
No comments:
Post a Comment