Saturday 31 December 2011

#lomografi

Assalamualaikum

Ok guys! aku nak crite satu benda je kat korang. Dengan harapan korang akan ade rase jeles walaupun sikit. Walaupun 1/1000 je rase jeles tuh. at least ade lar kan. Ok. 2 hari lepas aku ade join pameran fotografi. "Photography Creative and Innovative - Seeing Through The Eyes of Creative Passion" 2011 kat Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia nih. total peserta lam tu dalam 250++ la..fuhh..ramai giler tuh..Ok. tapi alhamdulillah. Satu gambar aku yg lam tema "Night-Photography" telah mendapat perhatian juri untuk aku menang! Wow! Saguhati pun tak kesah lah. tp at least juri pilih gak gambar aku tuh. Tapi sebenarnya gambar aku tuh member aku yg snapkan cume idea komposisi gambar tuh je idea aku skit..hehe.. Tp ok la. kan kan?. Takpe. sebab member aku tuh lagi gempak baiiii. Tempat ketiga keseluruhan kot. Fuhh. Tgk. gempak tak gempak arh die. top 3 daripada 250++ tdi. so kire die menang aku pun menang. Cume hadiah berbeza lah. of kos la kan. aku saguhati. die 3rd place kot. ni hadiah aku :


water-proof LOMOGRAPHY

kire ni lah first lomo lam hidup aku. aku sebenarnya mane minat lomo nie. time tu ade la member aku nak. tp cam serius je muke die. aku lak ingt main2. so mule2 layan la pastu tak jadi lak. takut.hahaha. ok. peepiss! :)

#khilaf~

Ya Allah. jauhnya aku dari sisi-Mu. 

Friday 30 December 2011

#2012 dan kisahnya~

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Nampaknya 2011 semakin menghampiri penutupan nya. Hari ni 30 Disember menandakan esok 31 Dis dan 
luse 1 Jan 2012.. 

2012

2012

2012

Apa yang spesel sgt nih dgn 2012 sampaikan aku tulis 3x 2012 kat atas tu?? dah lah duk tengah2 lak tuh..untungla la kan duk tengah2...ok..sebenarnya ade crite di sebalik 2012 nie. 2012 yg pertama ialah menandakan Tahun Baru 2012 akan muncul. Menamatkan riwayat 2011 yang telah setahun mendominasi kehidupan banyak manusia di bumi ini. Ada yang bahagia namun tak lupa pada mereka yang masih bersedih. pada yang bahagia teruskan kebahagiaan anda. pada yang bersedih..teruskan kesedihan anda jika anda sendiri tak nak ubah nasibnya..

2012 kedua pulak nak cerita sal aku..aku akan mengakhiri tahun ini untuk masuk ke 2012 dengan status single and not available. cewahh..tampar laju laju karang kat aku nie.. perasaan lebih la tu,...haha..tak kesah la..tapi betul la...i'm single but not available. why?..call mane mane balai polis or bomba yang terdekat dgn rumah anda dan tanye dorang...kompem dorang marah korang balik..ahh..tak kesah lah org nak kate ape..memang aku jujur..aku single...tp malas nak fikir sal couple wat sementara waktu nie.. nak fokus hidup single..cam lagi best je..haha..makan sensorang..gelak sensorang..nangis sensorang..bestkan?? 

dan 2012 yang ketiga menandakan UKM akan menyediakan beratus soalan peperiksaan akhir semester 1 sesi ni..haha..ade mereka yg mula awal abis awal..ade yg mula lambat habis awal..ade yang mula lambat habis lambat..ade jugak yang mula awal habis lambat..ade jugak yang mula awal ke..lambat ke..tp tak habis habis...lantaklah nak habis ke tak..aku nak ckp sesuatu lah sal exam nie..sebenarnya exam cmni la paling menjadi penyebab utama ketidakseimbangan ekosistem..sebabnya bayangkan satu subjek memakan berhelai-helai kertas untuk soalan dan jawapan nye...bayangkan berapa banyak pokok yang perlu diproses untuk dijadikan kertas exam nie..


sbg contoh :

1 btg pokok = 2 helai kertas
1 subjek = 50 helai (soalan termasuk jawapan
25 btg pokok = 50 helai = 1 subjek
100 subjek x 25 btg = 2500 btg
2500 btg x 15 ipta = kire sendirik!!



tak ke ni merosakkan alam sekitar...kate nak lestari..so takyah la exam exam nie..membazir kertas...habis semua pokok kat hutan tu!!!! aku ni pencinta alam ok!!! aku tak suke!! haish!! so aku nak menyeru pada semua..ayuh kita selamatkan alam sekitar dengan memboikot exam kali nie!! booo!! boooo!!..ok..aku tipu je kire-kire kat atas tuh..jgn duk percaya sgt..kang ade yg report polis nih..mampois aku lau lagu tu...toksah nak kerek sgt nak p report2 ye..

aku sebenarya nak ucapkan selamat berjaya je lam peperiksaan final nanti kat semua mahasiswa UKM terutamanya dan ipta lain jugak..ayuh UKM buktikan kita terbaik!! :)






Sunday 25 December 2011

#aku dan jodoh ketentuan-Nya..

Assalamualaikum

mesti masing masing nak jodoh yang terbaik kan~

masing masing nak yang terbaik untuk melengkapkan diri sendiri~

masing masing mesti dah ada pilihan sendiri~

sebab masing masing nak yang terbaik untuk kehidupan berkeluarga~

dan masing masing mesti selalu berdoa agar jodoh yang dipertemukan itu berkekalan~

kerana Allah memakbulkan doa hambaNya~

semoga kalian kekal dengan jodoh kalian~

usahlah menafikan ketentuanNya~

Dia lebih berhak ke atas kita~

:)

Tuesday 13 December 2011

#aku dan EPL..The Red Devils...

Assalamualaikum

ok. aku nak crite sikit je. ni pasal EPL yang menyaksikan kekalahan pertama Man City dalam EPL season nie. Akhirnya keangkuhan City berjaya diatasi Chelsea. Semalam (12 Dis 2011) Chelsea kalahkan City 2-1. Tapi aku bukan lah fan Chelsea. Aku happy sampaikan nak tulis blog sebelum kuliah mula 5 minit lagi. giler ak? haha. Happy sebab City sekarang 2 mata je kat atas Man United. So peluang nak rampas kembali takhta liga makin cerah dan mudah untuk Man U.nited sebab next week City lawan Arsenal lak. Harapnyer Arsenal akan kalahkan City and United kalahkan QPR. Then Man United rampas lah takhta liga. Hahaha. The Red Devils!!

beat Wolves 4-1

2 - 1

Sunday 11 December 2011

#aku dan crite-crite di facebook..

ASSALAMUALAIKUM


nak tulis skit tentang entry ni. tak banyak. tak sampai sekilo..sikit je. tapi lebih la satu baris ayatnya. so. jangan letih untuk bace nie. sikit je pun. ok. sabar ye semua. sabar tu kan bagus. orang suka orang sabar. ok. ni citer sal post kat facebook lah. aku pernah terfikir. ni lepas aku bace ade member aku post sesuatu macam nie " tolong bace ni kalau sayang ibu".. "tolong bace nie kalau sayang islam". 
urmm..then aku bace lah...yang post sal sayang ibu tuh citer tentang kesusahan yang dihadapi oleh ibu dalam mendewasakan kite semua. agak menitis mata airku...then dulu sal post sayangkan islam. entry tu berkisar tentang program Seksualiti Merdeka yang pernah nak dianjurkan dulu. habis bace semua tuh aku pun habis lah bace an. pastu terfikir. "dah bace nie"..aku sygkan ibu dan islam lah..cukup lah kot mcm nie nak dikire sayang..???
eh!!..pale otak kau!! sayang ibu dan islam or papepun bukan sekadar bace bende macam nie. sayang tu meluas lah..tp dorang post camni sebab nak kite sedar..kite kan manusia slalu lalai. alpa. so ni salah satu care untuk sedarkan kite semua terutama anak-anak yang memang tak sedarkan diri langsung!!!..berubahlah. kalau boleh bace gossip berjela panjang kenapa tak leh bace sedikit pun citer sal ibu kite..ayah kite. padahal akan tibe mase yang mane kite lak pegang jawatan berat tuh. baru kite nak sedar ke mase tuh. alahai. sudah terlambat. nasi sudah menajdi makanan yang dikunyah dan ditelan kedalam perut lah..tapi aku bukan mintak orang bace entry sal nie. aku just minta kite semua sedar siapa kita tanpa mereka. tanpa ibu ayah. tanpa agama islam.

SIAPA KITA EH?????

tapi aku terus terfikir. macam mane dengan orang yang xde facebook. xde komputer? tak boleh lah nak bace entry mcm tu. tak boleh lah nak rase sedar diri. tak boleh lah nak sayang ibu. sayang semuanya. 
eh..? sape cakap tak boleh?? haa. disitulah terletaknya akal fikiran kite. tanpa semua tuh tak bermakna kita tak boleh didik kesedaran dalam diri kita tu.  kite boleh praktik semua tuh dgn directly kepada ibu kita. tolong ibu kita. bile jauh. call ibu kita. jangan kasar dgn ibu kita. semuanya lah wat kite anak baik. kita praktik kan lah. same dgn agama. kita buatlah ape yang membuktikan kita ni sayang agama. sama je ok. facebook ni salah satu cara je dalam beribu cara yang lain yang ada untuk kita semua buat itu. ok. so. 

sayangkan ibu saya? mestilah. saya percaya anda semua pun. so tak nak persoal lah same ade korang sayang or tak ibu korang! peepiess! :)

Thursday 8 December 2011

#aku dan saudara baru..

Assalamualaikum

Cuma nak tulis sikit je lam blog hari ni. Alhamdulillah tepat jam 2.45 petang tadi pada waktu Malaysia, kakak ipar aku merangkap isteri abang sulong aku yang juga menantu kepada ibu dan ayahku dan statusnye juga sebagai kakak ipar kakak dan adikku selamat melahirkan seorang anak lelaki di Kuala Terengganu. Berita gembira ini dimesejkan kepada aku oleh ibuku yang sudah lama menjadi isteri ayahku dan juga merupakan ibu mertua kakak ipar aku jam 5.09 petang tadi pada waktu Malaysia. Alhamdulillah bertambah seorang lagi umat Baginda Muhammad S.A.W ke dunia yang mana Baginda sangat menyukai ibadah ini seperti sabda baginda :

((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”
(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789,
Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)


Doaku agar Allah memberikan hidayah dan petunjuk yang terbaik kepada anak buahku yang baru ke dunia ini setelah 9 bulan berada dalam alam ghaib (rahim). 

Namun aku juga akan mendoakan agar abang dan kakak ku diberikan segala kekuatan untuk memegang amanah daripada Tuhan Sang Pencipta Alam , Allah S.W.T seperti firman-Nya :

Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Wallahu'alam :)

Wednesday 7 December 2011

#aku dan Tajuk Baru!

Assalamualaikum

Hari ni aku ubah title blog aku daripada "The Miracle" ke "Aku dan Teletubbies Merah". Ape nyer kaitan pun aku tak tahu tapi memang teletubbies merah nie paling kesukaan aku yang sangat suka akan teletubbies merah nie sebab aku suka tengok cara dia suka dan aku pun harap aku akan terus suka dia kerana dia pun suka dia dan aku berhenti merapu kat sini. 

Ok. Teletubbies merah a.k.a Paul sangat comel. Eventhough aku sorang lelaki berstatus lelaki tak bermakna aku taleh suka benda alah macam nie. Ikut suka aku lah sebab aku suka Paul!! Jangan nak dengki sangat. Baru je lepas awal muharram ni tak baik dengki dengki. Tuhan marah orang yang dengki tapi Tuhan tak marah orang yang suka. Sebab tu aku kena suka dan suka. Teletubbies nie siri kartun comel pada masa aku kecik kecik dulu tapi sekrang tak tahulah budak budak millenium sekarang ni kenal ataupun tak teletubbies especially Paul Si Merah. Ape? Bukan. bukan bawang merah bawang putih tu. Ni Paul lain. jangan salah baca ok!! Korang kenal Paul Si Teletubbies?? Ni dia Paul dan kawan kawan. Nak suka yang lain boleh tapi taleh suka Paul sebab aku dah suka dia!! XD..tapi aku baru edit post ni..tukar tajuk baru lagi.. "Aku dan Sesuatu..?"haha

Hai tentawan~ Saya Paul ~ :)