Saturday 31 December 2011

#lomografi

Assalamualaikum

Ok guys! aku nak crite satu benda je kat korang. Dengan harapan korang akan ade rase jeles walaupun sikit. Walaupun 1/1000 je rase jeles tuh. at least ade lar kan. Ok. 2 hari lepas aku ade join pameran fotografi. "Photography Creative and Innovative - Seeing Through The Eyes of Creative Passion" 2011 kat Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor Darul Ehsan Malaysia nih. total peserta lam tu dalam 250++ la..fuhh..ramai giler tuh..Ok. tapi alhamdulillah. Satu gambar aku yg lam tema "Night-Photography" telah mendapat perhatian juri untuk aku menang! Wow! Saguhati pun tak kesah lah. tp at least juri pilih gak gambar aku tuh. Tapi sebenarnya gambar aku tuh member aku yg snapkan cume idea komposisi gambar tuh je idea aku skit..hehe.. Tp ok la. kan kan?. Takpe. sebab member aku tuh lagi gempak baiiii. Tempat ketiga keseluruhan kot. Fuhh. Tgk. gempak tak gempak arh die. top 3 daripada 250++ tdi. so kire die menang aku pun menang. Cume hadiah berbeza lah. of kos la kan. aku saguhati. die 3rd place kot. ni hadiah aku :


water-proof LOMOGRAPHY

kire ni lah first lomo lam hidup aku. aku sebenarnya mane minat lomo nie. time tu ade la member aku nak. tp cam serius je muke die. aku lak ingt main2. so mule2 layan la pastu tak jadi lak. takut.hahaha. ok. peepiss! :)

#khilaf~

Ya Allah. jauhnya aku dari sisi-Mu. 

Friday 30 December 2011

#2012 dan kisahnya~

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Nampaknya 2011 semakin menghampiri penutupan nya. Hari ni 30 Disember menandakan esok 31 Dis dan 
luse 1 Jan 2012.. 

2012

2012

2012

Apa yang spesel sgt nih dgn 2012 sampaikan aku tulis 3x 2012 kat atas tu?? dah lah duk tengah2 lak tuh..untungla la kan duk tengah2...ok..sebenarnya ade crite di sebalik 2012 nie. 2012 yg pertama ialah menandakan Tahun Baru 2012 akan muncul. Menamatkan riwayat 2011 yang telah setahun mendominasi kehidupan banyak manusia di bumi ini. Ada yang bahagia namun tak lupa pada mereka yang masih bersedih. pada yang bahagia teruskan kebahagiaan anda. pada yang bersedih..teruskan kesedihan anda jika anda sendiri tak nak ubah nasibnya..

2012 kedua pulak nak cerita sal aku..aku akan mengakhiri tahun ini untuk masuk ke 2012 dengan status single and not available. cewahh..tampar laju laju karang kat aku nie.. perasaan lebih la tu,...haha..tak kesah la..tapi betul la...i'm single but not available. why?..call mane mane balai polis or bomba yang terdekat dgn rumah anda dan tanye dorang...kompem dorang marah korang balik..ahh..tak kesah lah org nak kate ape..memang aku jujur..aku single...tp malas nak fikir sal couple wat sementara waktu nie.. nak fokus hidup single..cam lagi best je..haha..makan sensorang..gelak sensorang..nangis sensorang..bestkan?? 

dan 2012 yang ketiga menandakan UKM akan menyediakan beratus soalan peperiksaan akhir semester 1 sesi ni..haha..ade mereka yg mula awal abis awal..ade yg mula lambat habis awal..ade yang mula lambat habis lambat..ade jugak yang mula awal habis lambat..ade jugak yang mula awal ke..lambat ke..tp tak habis habis...lantaklah nak habis ke tak..aku nak ckp sesuatu lah sal exam nie..sebenarnya exam cmni la paling menjadi penyebab utama ketidakseimbangan ekosistem..sebabnya bayangkan satu subjek memakan berhelai-helai kertas untuk soalan dan jawapan nye...bayangkan berapa banyak pokok yang perlu diproses untuk dijadikan kertas exam nie..


sbg contoh :

1 btg pokok = 2 helai kertas
1 subjek = 50 helai (soalan termasuk jawapan
25 btg pokok = 50 helai = 1 subjek
100 subjek x 25 btg = 2500 btg
2500 btg x 15 ipta = kire sendirik!!



tak ke ni merosakkan alam sekitar...kate nak lestari..so takyah la exam exam nie..membazir kertas...habis semua pokok kat hutan tu!!!! aku ni pencinta alam ok!!! aku tak suke!! haish!! so aku nak menyeru pada semua..ayuh kita selamatkan alam sekitar dengan memboikot exam kali nie!! booo!! boooo!!..ok..aku tipu je kire-kire kat atas tuh..jgn duk percaya sgt..kang ade yg report polis nih..mampois aku lau lagu tu...toksah nak kerek sgt nak p report2 ye..

aku sebenarya nak ucapkan selamat berjaya je lam peperiksaan final nanti kat semua mahasiswa UKM terutamanya dan ipta lain jugak..ayuh UKM buktikan kita terbaik!! :)






Sunday 25 December 2011

#aku dan jodoh ketentuan-Nya..

Assalamualaikum

mesti masing masing nak jodoh yang terbaik kan~

masing masing nak yang terbaik untuk melengkapkan diri sendiri~

masing masing mesti dah ada pilihan sendiri~

sebab masing masing nak yang terbaik untuk kehidupan berkeluarga~

dan masing masing mesti selalu berdoa agar jodoh yang dipertemukan itu berkekalan~

kerana Allah memakbulkan doa hambaNya~

semoga kalian kekal dengan jodoh kalian~

usahlah menafikan ketentuanNya~

Dia lebih berhak ke atas kita~

:)

Tuesday 13 December 2011

#aku dan EPL..The Red Devils...

Assalamualaikum

ok. aku nak crite sikit je. ni pasal EPL yang menyaksikan kekalahan pertama Man City dalam EPL season nie. Akhirnya keangkuhan City berjaya diatasi Chelsea. Semalam (12 Dis 2011) Chelsea kalahkan City 2-1. Tapi aku bukan lah fan Chelsea. Aku happy sampaikan nak tulis blog sebelum kuliah mula 5 minit lagi. giler ak? haha. Happy sebab City sekarang 2 mata je kat atas Man United. So peluang nak rampas kembali takhta liga makin cerah dan mudah untuk Man U.nited sebab next week City lawan Arsenal lak. Harapnyer Arsenal akan kalahkan City and United kalahkan QPR. Then Man United rampas lah takhta liga. Hahaha. The Red Devils!!

beat Wolves 4-1

2 - 1

Sunday 11 December 2011

#aku dan crite-crite di facebook..

ASSALAMUALAIKUM


nak tulis skit tentang entry ni. tak banyak. tak sampai sekilo..sikit je. tapi lebih la satu baris ayatnya. so. jangan letih untuk bace nie. sikit je pun. ok. sabar ye semua. sabar tu kan bagus. orang suka orang sabar. ok. ni citer sal post kat facebook lah. aku pernah terfikir. ni lepas aku bace ade member aku post sesuatu macam nie " tolong bace ni kalau sayang ibu".. "tolong bace nie kalau sayang islam". 
urmm..then aku bace lah...yang post sal sayang ibu tuh citer tentang kesusahan yang dihadapi oleh ibu dalam mendewasakan kite semua. agak menitis mata airku...then dulu sal post sayangkan islam. entry tu berkisar tentang program Seksualiti Merdeka yang pernah nak dianjurkan dulu. habis bace semua tuh aku pun habis lah bace an. pastu terfikir. "dah bace nie"..aku sygkan ibu dan islam lah..cukup lah kot mcm nie nak dikire sayang..???
eh!!..pale otak kau!! sayang ibu dan islam or papepun bukan sekadar bace bende macam nie. sayang tu meluas lah..tp dorang post camni sebab nak kite sedar..kite kan manusia slalu lalai. alpa. so ni salah satu care untuk sedarkan kite semua terutama anak-anak yang memang tak sedarkan diri langsung!!!..berubahlah. kalau boleh bace gossip berjela panjang kenapa tak leh bace sedikit pun citer sal ibu kite..ayah kite. padahal akan tibe mase yang mane kite lak pegang jawatan berat tuh. baru kite nak sedar ke mase tuh. alahai. sudah terlambat. nasi sudah menajdi makanan yang dikunyah dan ditelan kedalam perut lah..tapi aku bukan mintak orang bace entry sal nie. aku just minta kite semua sedar siapa kita tanpa mereka. tanpa ibu ayah. tanpa agama islam.

SIAPA KITA EH?????

tapi aku terus terfikir. macam mane dengan orang yang xde facebook. xde komputer? tak boleh lah nak bace entry mcm tu. tak boleh lah nak rase sedar diri. tak boleh lah nak sayang ibu. sayang semuanya. 
eh..? sape cakap tak boleh?? haa. disitulah terletaknya akal fikiran kite. tanpa semua tuh tak bermakna kita tak boleh didik kesedaran dalam diri kita tu.  kite boleh praktik semua tuh dgn directly kepada ibu kita. tolong ibu kita. bile jauh. call ibu kita. jangan kasar dgn ibu kita. semuanya lah wat kite anak baik. kita praktik kan lah. same dgn agama. kita buatlah ape yang membuktikan kita ni sayang agama. sama je ok. facebook ni salah satu cara je dalam beribu cara yang lain yang ada untuk kita semua buat itu. ok. so. 

sayangkan ibu saya? mestilah. saya percaya anda semua pun. so tak nak persoal lah same ade korang sayang or tak ibu korang! peepiess! :)

Thursday 8 December 2011

#aku dan saudara baru..

Assalamualaikum

Cuma nak tulis sikit je lam blog hari ni. Alhamdulillah tepat jam 2.45 petang tadi pada waktu Malaysia, kakak ipar aku merangkap isteri abang sulong aku yang juga menantu kepada ibu dan ayahku dan statusnye juga sebagai kakak ipar kakak dan adikku selamat melahirkan seorang anak lelaki di Kuala Terengganu. Berita gembira ini dimesejkan kepada aku oleh ibuku yang sudah lama menjadi isteri ayahku dan juga merupakan ibu mertua kakak ipar aku jam 5.09 petang tadi pada waktu Malaysia. Alhamdulillah bertambah seorang lagi umat Baginda Muhammad S.A.W ke dunia yang mana Baginda sangat menyukai ibadah ini seperti sabda baginda :

((تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُم))
“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”
(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789,
Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784)


Doaku agar Allah memberikan hidayah dan petunjuk yang terbaik kepada anak buahku yang baru ke dunia ini setelah 9 bulan berada dalam alam ghaib (rahim). 

Namun aku juga akan mendoakan agar abang dan kakak ku diberikan segala kekuatan untuk memegang amanah daripada Tuhan Sang Pencipta Alam , Allah S.W.T seperti firman-Nya :

Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

FirmanNYA lagi (Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Wallahu'alam :)

Wednesday 7 December 2011

#aku dan Tajuk Baru!

Assalamualaikum

Hari ni aku ubah title blog aku daripada "The Miracle" ke "Aku dan Teletubbies Merah". Ape nyer kaitan pun aku tak tahu tapi memang teletubbies merah nie paling kesukaan aku yang sangat suka akan teletubbies merah nie sebab aku suka tengok cara dia suka dan aku pun harap aku akan terus suka dia kerana dia pun suka dia dan aku berhenti merapu kat sini. 

Ok. Teletubbies merah a.k.a Paul sangat comel. Eventhough aku sorang lelaki berstatus lelaki tak bermakna aku taleh suka benda alah macam nie. Ikut suka aku lah sebab aku suka Paul!! Jangan nak dengki sangat. Baru je lepas awal muharram ni tak baik dengki dengki. Tuhan marah orang yang dengki tapi Tuhan tak marah orang yang suka. Sebab tu aku kena suka dan suka. Teletubbies nie siri kartun comel pada masa aku kecik kecik dulu tapi sekrang tak tahulah budak budak millenium sekarang ni kenal ataupun tak teletubbies especially Paul Si Merah. Ape? Bukan. bukan bawang merah bawang putih tu. Ni Paul lain. jangan salah baca ok!! Korang kenal Paul Si Teletubbies?? Ni dia Paul dan kawan kawan. Nak suka yang lain boleh tapi taleh suka Paul sebab aku dah suka dia!! XD..tapi aku baru edit post ni..tukar tajuk baru lagi.. "Aku dan Sesuatu..?"haha

Hai tentawan~ Saya Paul ~ :)








Thursday 10 November 2011

#Aku dan Udang Masak Merah..

Assalamualaikum

guane crite blake leni?..haa...arapnyer semua sihat blake ar deh..takmo lah ade hok dok sihat..tp kalu ade gok tu lah ujian Allah semata-mata nok hapuskan kifarat dose kite...jadi bersyukur lah dpt sakit...jdn duk keji ngat ehh..dose lagi ade lar..ok..?..goooddd..mcm tulah anak mok nge ayoh...bek tu de stori lah ehh...title aku rinie berkaitang nge udang masok meroh...haa...pe kena nge masokan tibe tibe ni kang?..benornye,..hari ni aku wat masokan nie..hehe...resepi ye aku curik dari tenet..ade org baik hati letok kat tenet..aku pun copy lah...try lah masok...so..firstly ni resepi die..skali nge care nok masok...so juz folo jah...ok.....


ni ade lah pic aku ambik...


dok silap aku akak nie namenye halimah binti nama ayah die lah...aku tak tahu name ayah die ape...so kire letak macam tu betol lah...thank ye akak...


3 ekor udang bukan galah

2 ulas bawang merah dan seulas bawang putih

katenyer seinci halia dan sebatang serai wangi

ni bahan-bahan td yang dah siap ditumbuk halus2..

ni tengah tumiskan bawang,halia nge serai..wangi!


katenyer jugak suh letak telur nak bagi kuah pekat..tp aku tak letak sebab bimbang muak nanti...tp tak letak pun kuah nyer still pekat gak..satu lagi die suh letak rempah tumis...aku bukan tahu rempah tu cmne..so aku kuarkan rempah kari dari peti..tp tak terletak..dah habis masak baru teringat rempah tuh..takpelah..pastu sediakan bahan awal2...sebabnyer...aku tibe tibe kelam kabut td duk cari garam...haha...

pah sejam duk dapur...dungdang! dungdang! tingtong! tingtong!...siap la masokan aku nie...hurmm..napok cam sedap doh..tp rase dok thu lagi lah guane gamok nyer...


ni dah siap terhidang-nasi putih + udang masak merah + air sirap

alhamdulillah..perhhh jugak lah masokan aku nie..haha...bukan nok muji diri sendiri..kang org kate masuk bakul angkat sendiri pulok kang...so secara jujur nyer...sedap lah..menurut ketua chef - Chef De Faiz ; pun setuju aku masok ni sedap..korang kenal tak chef ni agk2 nyer?..haha...tak kenal takpe lah...so..selamat mencuba jugak lah yer...resepi tu bagi untuk 4 orang makan tp aku ubah sikit untuk sorang makan...yang penting sedap..haha...rasenye masin manis lak..mybe sebab gule td kot...so ikut korang lah..nak masin letak byk garam..nak manis...letak banyak gula...nak mati..letak garam,gule, dan ajinomoto sesenduk...haha...tp nak sedap...letak tiga-tiga nih secukup rase..ok?

so tu jelah aku nak crite...

akhir kata...yang paling penting dalam memasak nih adalah etika...pastikan keadaan dapur selepas kita guna kembali macam asal seperti mana sebelum kita gune...bersihkan ape yang patut...buang sisa yang tak guna...ok? peepiss :D

p/s : keyakinan amat penting untuk memastikan kita memasak dengan sedap. 

Monday 31 October 2011

#aku dan Tanjung Biru,Port Dickson,Negeri Sembilan

Tepat jam 8.45 a.m (kot la) pada hari Sabtu (29 Oktober 2011) , kami para geologist UKM seken year bertolak ke tempat kerjalapangan (fieldwork) untuk minggu seterusnya. Kerjalapangan kali ini melibatkan satu lokaliti di kawasan pantai. Aku dgn kawan aku agak terlambat untuk menaiki bas so jadi jadual asal bertolak kul 8.30a.m drag sampai kul 8.45 pagi..ahh..tak kesahlah..janji pergi...kan..bukan nyer batal terus...so kami duk lam bas dalam sejam lebih kot..jam aku rosak so tak tahu berape lame duk lam bas...kami berhenti kejap kat RnR ape tah untuk makan...bagus lah sebab aku memang lapar sampai tahap nak makan..mule mule tu aku cari gak ape ape yang macam sedap ah nak makan nye..duk asyik mencari tu, member datang.." faiz..jom..makanan dah ada"..wahh...jimat duit aku..haha...so ikut lah..rupenyer team partner aku dah bawak nasi goreng dari UKM..khas tuh wooh!..fuhh,.,ape lagi..cari port nak melampiaskan nafsu makan lah...jumpe lah meja..kat depan restoran Shalala...name macam lagu anime jepun...Naruto...taw? taw?..tak taw? xpe..xpenting..ok..so makan lah..sambil makan tu aku tengah debor perot ah...or lam kate lain cuak...yela duk makan depan kedai org kang tak pasal pasal kena halau di pekerja dorang..tp alhamdulillah lah...xde berlaku camtu..so thanks to the owner of Shalala...hehe..

seusai makan kami trus ke PD..tuut titt tuut tiit..sampailah kami kat Tanjung Biru, Port Dickson...tp alangkah malangnya (gembira sebenarnya) air pantai tu tak surut lagi mase kami sampai..so takleh lah nak go on...ape lagi...dah alang alang kat pantai kan..kami pun enjoy lah..haha..tu yg syok nie...sambil berfieldwork sambil bercuti...release tension..perhh...ade yg mandi...ade yg jalan jalan di pesisir pantai macam tengah shooting filem...ade maen bola tampar...ade duk bergambar...berbagai - bagai posing lah...ade yg terbeliak mata tengok 'keindahan' di pantai..bese alh kan..dah name tempat orang bercuti..macam macam ragam la..ni nasib baik tak fieldwork fak Florida ke..Miami ke..lau tak memang tak berfieldwork lah nampak gaye nyer..hakhak..

dari kanan - suraya,mahira,syuk,hafiz,qibal

-qayyum-


ok ok..back to the story...aku lak join team bola tampai pantai..nak mandi malas sebab panas..tengah hari main air...tapi paling wat aku nak tergelak..team yang mandi manda nie nak kenakan member member yang xmandi..ade lah yang kena tangkap then kena humban lam air..basah jugak at last..haha..tula..dah org ajak sombong...so kena lah ajak rela..haha..tp yg menarik skit..member aku pun kena nih...kena tangkap...ramai ramai duk usung die ke pantai..tibe tibe ade satu lembaga duk pukol pukol member member aku yg tengah duk bawak member aku satu lagi tuh...rupenyer kekasih hati member aku yg kena usung tuh duk halang member aku yang sedang usung member tu..die pukul dengan topi lak tuh..perhh..manis giler ah...haha...hoi cik kak..amboi..sayang nyer sampai camtu skali ek..haha...well...mesti kalau org lain tgk jeles giler dengan kesweetan due bakal mempelai nih..haha..so sape sape nak cube ganggu mane mane due nih...berhati hatilah..yg perempuan berhatilah dengan cik kaknye...yg lelaki berhatilah dengan cik bangnya..haha..tp ape pun..usaha menyelamatkan mangsa tak berjaya..mangsa tetap dilontarkan ke dalam laut cetek berbatu..haha..merah blakang badan kawan aku dek batu lam air..kecian..member tu dah lah tengah tak sihat mane...tapi ajaib kan..pastu terus cam sembuh..duk heppy lagi mamat tuh..so kire penawar lah..so thanks lah kat team member aku yang baik hati td...haha...

ombak lautan berombak~lagu pe ni ek?



titanic skit-sayangnye pasangan xde..haha


okay..then after air surut..kami pun bergerak ke lokaliti yang dijadualkan..namenye Tanjung Tuan...pelik tak? kami stay kat Tanjung Biru..tp jalan kaki pergi ke Tanjung Tuan..so dekat lah jugak...pergi lah...first day kami wat rintisan singkapan. After lecturer kami duk bagi taklimat jap kami pun mule lah..aku and partner aku bergerak lam team sama dengan yang mase kat Sg. Tekala last two week..so kire senang lah keje..ramai org leh membantu...bergerak lah ikut stesen stesen..ade yg setiap 12m jaraknye antara satu stesen dgn satu stesen yg lain...ade yang 1m..ade yang 10m..tapi overall lam range 0-12m lah..sebabnye kami ukur guna tali..tali tuh panjangnye 12m..so tak logik lah tibe tibe ade yang 13m kan..tapi ade satu tuh jarakanye 15.5m..sebabnye aku tambah kemudian jaraknye tuh..haha..ade yang 24m sebab jaraknye tu aku gabung stesen stesen stesen atau lebih tepat 3 stesen..betolah kan stesen stesen stesen = 3 stesen..ok..10 markah untuk aku! ok..then lepas 47 stesen..siaplah jua rintisan kami...



camni lar kami guna tali untuk ukur jarak..huhu..


fuh..jenuh duk ukoq..panjang! totally about 400 meter u'ollzs!..berjalan kat batu batu lak tuh...terbakar kampung nampak asap..terbakar muke dek panas mentari siapa yang tahu? of kos diri sendiri yang tahu kan..tp member member pun tahu gak..sebabnyer dorang yang beritahu.." eh..muke ko dah burn dah".."ah ah..muke ko pun...muke ko jugak..muke ko pon same"..ape ape lah..itulah antara benefit kami kat fieldwork...ape? ape?..alah..bukan muke terbakar...tapi kat situlah keluarnya rasa kasih sayang antara satu sama lain..huhu...untunglaa~..

back to the story...pas siap tuh kami kena lukis lah satu dua singkapan..ni nak wat report nanti...ade tiga lukisan yang kami kena buat..satu batuan di zon sesar..satu singkapan bapak besar yang ade 3 gua..satu lagi yang ade menunjukkan foliasi and sesar mendatar ke kiri atau lebih femes dipanggil sinistral fault..then petang tuh ade yang balik awal sebab penat..tp aku and partner aku and ade due tiga team lain stay untuk dengar cerita lanjutan dari lecturer kami...

kat 4.10 petang tuh kami semua pun bertolak balik ke Tanjung Biru Condominium. Sounds good rite? Yeszaa...for me...tempat tuh memang ok..aircond ade..function lak tuh..sejuk giler malam tu..dah lah aku dengan xde selimutnyer..so pakai kain pelikat je wat selimut...ade kolam renang..kami sempat mandi kolam petang tuh..perghh...syokk!!..ramai ramai duk tunjuk aksi terjunan masing masing...back-flip..front-flip..side-flip...fipper-flipper pun ade..ok ark?..kolam tuh pun besar gak lah..tapi macam xcukup dalam..yela..aku terjun kepala dulu sampai kepala aku terhantuk kat dasar kolam tuh..dah lah simen!keras! lau dasar tu sponge takpe gak!..nasib baik tak bengkak..huhu..partner aku pun mandi gak...tp semua duk pandang plek je kat die..pandang serong..pandang sisi...pandang tepi..menjeling..aku heran lah jugak kenapa...walhal ade lagi makciks duk mandi jugak...hurmm..pas duk siasat..patotlah! die p mandi kat kawasan kanak-kanak!.mane tak nyer org pandang plek..haha..adoii nyer pun...takpelah..janji die tak kacau orang..haha..

cuaca mendung seketika




back-flip action 2.5 summer sault!haha


so after sejam lebih..kami naik lah ke bilik dengan aku sakit belakangnye sbb duk main flip-flip byk sangat..ade jugak yang lain pi main kayak kat pantai..sebab air dah pasang balik...boleh lah main kayak..aku pun  teringin tp dah lewat...dah lame tak main..last aku main mse lawatan kat selangor..tp tak sebest aku main kat terengganu..kat muara sungai Kuala Ibai...perhh...mase tuh duk dayung melawan arus sungai..lenguh habes!..

dari kanan - huzaifah(third year),hafiz,loloq
duduk-hanif (3rd year)


malamnyer lak aku tido dulu sat..letih sangat..bangun balik kat kul 9p.m cenggitu..aku and partner aku wat peta dasar hasil dari stesen rintisan kami petang tadi..letih duk plot titiks stesens tuh..lukis singkapan..wat report sikit sikit...dalam kul 1a.m baru lah siap keje kami..huhu..cian lak kat partner..dah merah mate tyme tuh mengantuk nyer pasal..aku pun same..tp keje nyer pasal kena la wat kan...kami wat ramais dengan teams lain...tp malam tu aku tibe tibe cam hangin kejap..yela..duk penat lagi..wat peta lagi..plus dengan kebingitan members lain yang dah siap wat...aku tersound lah kat dorang..pastu sume duk diam..huhu..sorry guys...bukan niat nak marah korang..tp cam tibe tibe naik hangin...actually aku jeles tgk korang main game ape tah...nak main jugak tp dah keja tak siap lagi...huhu...sorry ye guys.. Mas. Saddam. Lia. Ayie. and semua yang ade situ tyme tuh..(actually depressed sebab Terengganu kalah..dah lah tyme nih aku kat N9...tp well done as play for final! tp nasib lah Manchester United beat Everton even 1-0..great Chicharito!) huhu...dah siap tuh aku pun balik bilik...actually..kami stay macam lam rumah camtu..ade dapuq lagi..and thanks to Mira yang sudi masak untuk kitorang malam tu kejap..even masak maggi...even aku tak sempat nak merasa maggi tuh..hukhuk T.T..tp partner aku watkan sandwich sardin untuk aku..hehe..sweet kan..terharu aku tyme tuh...kenape?..tyme aku tengah wat kerja...ade kawan aku yang lain nak ambil sandwich yang die duat tuh..pastu die kate.."hey!ni untuk partner aku..ko ambil lain."hehe..comel kan..kami ni kena lah saling jaga menjaga bak kate kawan baik aku Mubin..haha..so tak dapat makan maggi pun takpe..dapat makan sndwich pasangan aku buat...kenyang!haha...

Esoknye plak kami sambung wat cerapan. before this dalam kul 8a.m tuh kami dah kena bergerak ke lokaliti field...tapi kali ni sebab menantikan air laut surut..kami bergerak agak lewat..lam kul 11.30 a.m baru kami check out dari hotel tuh..pagi tuh kami mandi lagi kat kolam..haha..syok giler...sambung main back-flip segala bagai..haha...pastu naik bilik tengok citer Dragon Ball Z..ulangan..tp dah lame takde kan..syok pulak tengok ramais...dah la dah lame tak tengok tv..huhu...

a'asry a.k.a babo - perchenta lomo


pagi tuh partner aku wat lagi sandwich tuna...aku breakfast dengan nasi lemak dulu tp lapar balik sebab mandi kolam..ape kaitannye pun aku tak tahu..tak kaji dah semua benda nih..dulu memang..aku kajihayat..tapi sekarang aku kajibumi lak..nasib lah partner aku buat sandwich tuna..makan sandwich tuna tuh..kenyang..huhu..sweetkan partner aku..of kos lah...kami kan kena saling jaga menjaga bak kate kawan baik aku Mubin...

ini aku-gaya pegang rumah!


pagi tu same cam semalamnyer..kami kena tunggu air laut surut dulu baru bulih buat cerapan...dah surut kami pun bergerak ke tempat semalam...buat cerapan..tengok arah foliasi..ambil jurus and kemiringan..tengok sesar...semualah...ambil ukuran segala bagai..ade telerang kuarza or in english we called it quartz vein..pastu teringat lak kawan aku cakap semalamnyar.."eh sini ade telerang vein lah!".haha..telerang vein?..vein tu dah memang telerang lah..vein in english and telerang in malays..actually die nak btau ade telerang kuarza tp tersasul...bese lah kan..so korang jangan kate lain lak..!bace je..komen takpe...hehe...






tengah tengah buat cerapan tuh..kami tengok lah jugak struktur batuan...secara keseluruhannya batuan kat sini jenis metamorf dari jenis syis...

sebab ade foliasi kesyisan atau schistocity...!

ade jugak gua kat sini yang terbentuk akibat due faktor iaitu hakisan air laut dah pergerakan sesar...!

ade kuarza yang berbentuk kekanta...ade kuarza spertinya "pinch and swell"..!

ade batuan milonit yang menunjukkan zon sesar..!

ade jugak morfologi tafoni pada dinding batuan..!

ade perlipatan jugak...!

banyak lah yang adenyer tp banyak jugak yang takdenyer..huhu...tapi belum sempat kami semua buat cerapan sampai stesen terakhir..hujan mule turun..kami kami kena patah balik..safety first as kami semua kat pantai..bahaya main kat pantai tyme hujan ye adiks..lam kehujanan tu..ade yang berlari..ade yang jalan..ade yang basah..ade yang tak kering...sebab dah kena hujan kan..tapi ade yang prepare awal bawak baju hujan..so protecting lah...tapi basah gak sebab terlambat pakai...even lecturer kami pun basah sebab terlambat sarungkan baju hujan tuh..tp as geologist..tu semua cabaran lah...kena tough lah..huhu..



dah semua berkumpul kat tempat teduh..kami sambung buat report..siap2 semua..pastu hantar...kami balik UKM terus sebab memang tak dapat buat dah cerapan..lam kul 4.30p.m kot..kami bertolak balik...around 6.30p.m aku sampai kat kolej...yes! we done! huhu...next week kami akan bercuti bofore bergerak ke Johor untuk next fieldwork...huhu...see you guys!..thanks to my beloved partner Amira or lebih mesra dengan panggilan Mira...don't misjudge kay! we are only couple in this subject and fixed for this one whole year. not a really couple..huhu...


aku dan partner aku (mira) - romantik dak? aceceyh! gatai aku nih..alar..takpe..
bukan de pape pun kan..so jgn fikir bukan bukan -.-"

tp sape nak jeles silakan! and thanks to our seniors that help us too! - huzaifah, hanif and 2 kakak lagi lupe name..Pak Mat jugak..yg byk membantu kami..tp lupe nak amek gambar beliau..akan datang i ambil ok..abg abg bus yg snggup keje weekend jugak...bwk bas untuk kami..thanks...then..last but not least..our beloved lecturer for Mapping Technic, Datin Dr. Zaiton..cool and relax but can be as fierce as mother lion..hehe..we love u guys!....hehe...peepiss! XD..(photos by my Sony Ericsson Vivaz U5 and my friend's camera)



dari kanan - azrief, aliff a.k.a polep, fashu, xani, atikah

qayyum dan syuk

partnership - suraya and kurniawan



augen quartz




another partnership - Asep ft. Lia

foliasi warna-warni..cantik!

Pak Mat - berbaju biru kuning ( berdiri ) - segan tapi malu..hekhek XD


so kami boleh bergerak dari N9 ke Melaka hanya dalam satu saat! Percaya?
Malaysia Book of Records leh nie - Fastest travelling..

Air pantai yang jernih - sumpah cantik! - PD

Lecturer kami - Datin Dr. Zaiton. Berjubah hujan..hehe..cool rite? :D



The National University of Malaysia -  Our bus! Nice rite? XD
for more our fieldwork memories - http://www.flickr.com/photos/cream-crackers-eater/sets/72157627892446987/

Wednesday 26 October 2011

#aku dan Real Steel

assalamualaikum...and happy deepavali to all those Hindu believers..okay..memanddangkan hari nie cuti...aku keluar lah pagi tadi pergi The Mines kat Serdang tuh..ni sume sal member lah..ajak tengok Real Steel. mula mula malas je nak pergi. yela..public day takkan nak kuar kan...org bagi cuti tu cuti lah... tp member nye pasal aku pun ikut lah...nanti ape kate die lak..hurmmm

so keluar lah dengan aku berpakaian selipar jepun, jeans hitam and baju putih bergambarkan NERDY BIRD (angry bird)..huhu....smpai sana lam jam 12.00 tengah hari kot..perhh...nak cari parking lot tuh kat sejam (hampir sejam)..punyer lah penuh nyer ramai orang...kire lam kul 12.30 baru kami jumpa parking lot...kire hampir sejam lah tu kan. ermm..

okay..so kitorang terus naik ke foyer TGV nak tempah tiket. dapat lah..harga? RM 13.00...public day punyer hal. lau tak just RM 8 je kot. ok lah. dah datang tuh beli jela...so kami jalan jalan dulu. pusing pusing sampai kepala pening tengok barang. hahaha...then kami makan..solat..pastu pusing lagi..then baru masuk..huhu...belum masuk lagi dah mengigil dah badan kami...sejuk punyer sal. pastu aku teringat kat kawan aku kat aussie. fuhh..mesti beku lau tak pakai jaket.. so kami pun layan lah Real Steel tuh.


ni lah citer tuh XD


camni lah serba sedikit cerita die. Charlie Kenton (Hugh Jackman) nie bekas peninju dunia. die nie salah sorang pemilik robot untuk boxing. robot first die namenyer Ambush. robot nie cam dah usang lah. dia bawak robot die nie gaduh dengan sekor lembu yang kejar kain merah tuh kat sarkas mane tah. kawan die si Ricky (Kevin Durand) pemilik lembu tuh namenyer Black Thunder. Oleh dek khayal kerana penonton perempuan, si Charlie nie tak sedar yang lembu tuh nak tanduk Ambush die. so kena lah. patah kaki and rosak semua badan Ambush. then Charlie nie lari lah sebab takleh nak bayar pertaruhan. Then die dapat berita yang kakak ipar die Debra (Hope Davis) nak ambil hak penjagaan anak die si Max Kenton (Dakota Goyo). tapi sebab duit si Charlie nie jual Max kat suami Debra, Marvin (James Rebhorn) dengan harga USD 100000..banyak tuh..tapi marvin bayar separuh lu..and dengan syarat Charlie nak jaga dulu Max sebab dia taknak rase bersalah sangat nanti..so hiduplah dua beranak yang tak pernah bertemu nih...dengan duit tuh si Charlie beli robot baru iaitu Noisy Boy, salah satu robot peninju yang hebat. si Charlie nie jenis bangang sket. suke gambler je..bukan gambler berjudi tuh tapi main masuk je game...tak sabar untuk mula dari bawah...so die terus jumpa kawan die Finn (Anthony Mackie) untuk game dengan robot paling hebat iaitu Midas...lawan lah then kalah jugak..so dah takde robot lagi si Charlie nie nak guna.


ni robot kedua Jackman selepas Ambush and sebelum Atom - Noisy Boy (Japan Version)


die and Max pun pergi macam tempat buangan robot robot kalah. cari macam barang nak buat robot baru. tengah duk mencari hujan turun lebat..then si Max ni kebetulan duk kat tebing lembah sampah tuh terjatuh tapi selamat sebab tersangkut kat jari robot buangan, Atom. Atom nie robot generasi kedua dicipta mase tahun 2014. Atom nie jugak jenis robot sparring iaitu robot untuk latihan tinju. Charlie taknak ambil robot nih tapi Max tetap nak ambil.. Max pun bawak balik..mandikan and segala bagai..

ni Max tengah mandikan Atom - sweett!

robot ni jenis ikut ape tuan die buat...so mula dair bawah si Max pemilik Atom bawak Atom gaduh..menang game demi game sampailah ade penganjur WRB berminat nak ajak die masuk liga kejuaraan robot..masuk lah..lawan dengan Twin Cities-antara robot tergempak-..Atom nie menang...

ni Jackman ajar Atom gaduh "left! right! uppercut!" sebelum nak lawan dengan Zeus

then Max pun cabar si Farra Lemcova (Olga Fonda) untuk lawan robot paling hebat lah dekad tuh namenyer Zeus...memang hebat sampaikan Zeus tak pernah tewas...awal awal tuh nak lawan je terus si Zeus punch si Atom. rebah lah....tapi bangkit balik...lawan punyer lawan sampailah 5 pusingan...last round..

ni masa Jackman sendiri control Atom. Nak lawan dengan Zeus nie!

sikit lagi nak menang..belum sempat si Atom nak tumbuk Zeus loceng sempat berbunyi..so tamat game..kire tak sempat lah Atom rebahkan Zeus. kire seri..tapi juri kate Zeus menang..tapi seluruh penonton yang hadir mase tuh tetap sokong Atom. Atom is the audience champion! huhu...

laki nih pencipta Zeus - Tak Mashido
perempuan ni pemilik Zeus - Farra Lemcova

fuhh.. gempak siott... antara skrip yang aku suke " left! right! uppercut!" nie mase Hugh Jackman ajar robot tuh bergurau ganas (bergaduh). ni lak anak die cakap kat die " To Farra Lemcova kot. haha... make a game between Zeus and me." actually bukan skrip macam nie tp die cakap maksudnyer hampir macam nie lah. ni aku reka je. haha...so tu je lah aku nak citer...terima kasih lah kawan aku ajak aku. cam best giler ah citer ni kan. semua mesti dah tengok.. aku je lambat..haha..ok..peepiss! XD




ni antara robot yang hebat lah. atas kiri - Noisy Boy, Twin Cities, Zeus
bawah kiri - Midas, Atom

ni mase nak WRB match