Tuesday 31 January 2012

Assalamualaikum semua. Ok.

Aku nak cerita sal trending artis ni skit...ade dua orang artis ni yang mane semakin mendapat tempat di hati masyarakat..tak kira tua atau muda..lelaki atau perempuan...sampaikan kanak kanak pun boleh terpikat dengan persembahan mantap dua orang artis nie..siapakah beliau berdua?? ayuh kita korak-korek!!

#1 Ustaz Azhar Idrus
Haa...tu dia..ustaz ni semakin trending di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya Islam la..sebab cara penyampaian beliau sangat berkesan..sangat menarik sampaikan setiap kali beliau buat tazkirah di mana mana masjid atau pusat pasti ramai memenuhi ruangan yang ada di hadapan beliau. cara penyampaian yang cukup mudah untuk menjelaskan ape saje isu yang dilontarkan kepada beliau membuatkan ramai orang berminat untuk mendekati UAI..ustaz nie jugak hebat dalam berfotografi..setiap kali ustaz ni keluar tempat orang untuk bagi ceramah agama mesti beliau bawak bersama kamera DSLR untuk ambil gambar. yang menariknya setiap gambar tu menceritakan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla..huraian oleh ustaz tersebut menambahkan lagi minat followers beliau untuk kekal support beliau. satu Malaysia kenal ustaz nie sampaikan kat perhimpunan Shah Alam sebelum hampir berpuluh ribu orang datang membanjiri dataran Shah Alam. fuhh..gempak kan. Kira nya kalaulah Subuh di masjid macam ni..Pasti gentarlah Yahudi laknatullah di bumi Arab. Allahu'alam

#2 Ustaz Don Daniyal
Mesti kalau sebut ustaz don..ustaz don..semua kenal..satu Malaysia gak kenal. mane ke taknya. beliau ade slot sendiri di tv Al-Hijrah iaitu 30 minit bersama Ustaz Don...dalam slot ni ustaz don slalu duk cerita sal perihal agama..pernah aku tengok skali sampaikan beliau menitiskan air mata..hanya kerana cerita sal rindu kepada baginda Rasulullah S.A.W..sukar untuk dia bercakap sebab sebak..rindu..then beliau tanya..tuan puan tak rindu ke ke nabi? ..ape kita nak jawab?? berapa kali kita ingat baginda dalam satu hari? satu bulan? satu tahun ? jadi tepuk dada tanya iman..

Semoga semakin ramai anak Islam mendekati orang seperti ini...jangan mendekati agama kerana orangnya tapi dekatilah agama kerana hati sendiri. kerana ikhlas..kerana itu lebih afdal...diterimaNya..





p/s : pesanan untuk diri sendiri juga yang masih jauh dalam perjalanan..adakah aku tergolong dalam kalangan mereka dikasihi Allah?? hanya Allah Maha mengetahui..aku hanya mampu berserah dah berusaha selalu untuk mendekatiNya. Allahu'alam..Wasalam.

Monday 30 January 2012

ulasan sket..AJL26

haha. macam la aku terer nak ulas kan. ape ape pun. assalamulaikum semua. ni aku nak cerita sal AJL26 semalam. aku just nak kongsi sikit tentang ape yang aku nak kongsi la. so ikut suka aku nak kongsi ape dengan korang dengan harapan korang rase aku kongsi dengan korang k.

konsep..tema...persembahan..semua menarik...antara yang aku suka...

#1 Kisah Hati - Alyah (Persembahan terbaik)
Lagu ni aku minat gak sebab aku tengok citer Stanza Cinta. So sape sape tengok citer tu mesti minat lagu ni. tak minat takpe. Konsep untuk lagu ni ala ala fairytales gitu. comel seyh Alyah malam tu. Black Cinderella is her previous name from me. haha. Jahat tak aku? ala..comel takpe.. Alyah pusing pusing atas benda silinder yang berputar tu..macam yang patung lam musicbox tu. nasib baik tak laju benda tu berputar. kan tak pasal pasal Alyah pengsan situ gak dek pening. Awal lagu ni Along pelawak ala ala charlie chaplin tu keluar dulu..duk jerit.. "perhhh"...ingtkan ape rupenyer nak audiens jawab..baru die ketuk musicbox tu then kuar la lagu..I mean Alyah nyanyi. dengan ending menarik dah menggamatkan audiens lagi!!! Remy Ishak yang asalnya dalam klip video Alyah tu ade jugak. Datang mase akhir pastu Alyah bersandar kat dia...romantik seyh!!

p/s : Alyah mintak izin dulu tak dari Tiz Zaqyah tuh nak pinjam Remy..?


#2 Beribu Sesalan - 3 Suara (Shila Amzah/Ning Baizura/ Jaclyn Victor) (Tempat kedua)
Lagu ni aku memang tak nafi. Aku suke giler dengar. bukan sebab jiwang karat tapi momentum lagu nih memang best giler.!! sedih gak bile thu tempat kedua je. Harapan gengam juara AJL26 dah. tapi alhamdulillah dorang menang jugak at least. lagu ni lak menyaksikan trio sama tinggi ni berkolaborasi suara masing masing..dengan kekuatan suara tersendiri membuatkan lagu ni sangat best. dengan sinar lampu pentas ala lavender gitu..Shila dan Ning berbaju purple while Jac berbaju hitam...dah lah aku ni tengah minat giler citer Dingin Lavenda tu...haishh!!but Im still wonder why Jac in black. ? lets it be la..ok. janji die nyanyi ok...cume mase nak ambil hadiah tu...shila cam tak dapat naik tga pentas tu..mungkin sebab gaun tu...tapi kesian kat shila...ade ke patut orang ckp sebab dia "berisi" lebih..aku tengok ok je. aku ni jujur..memang aku minat habis kat Shila Amzah nie sal suara die mahal gitu..haha..tapi agak sedih sebab shila tak pernah reply or retweet tweet aku kat dia. takpelah...aku cube lagi...sampai satu hari dia at least RETWEET...lau tak beribu sesalan je la aku kan...haaa..shila..cantik je. untung Sharnaaz Ahmad dapat Shila Amzah. Ok! #foreverShilalas

p/s/s: jeles tgk Shila RT org lain..harapnya Shila Amzah dapat RT la faiz pasnie :'(


#3 Sungai Lui - Aizat
Lagu ni pun aku suka sebab tone dia lembut je. syahdu je dengar. katanya lagu ni dia buat mase lepak kat sungai lui tu tapi tak tahu la betul tak. mane lah thu kot kot aku salah dengar. Sungai Lui ni yang smart nyer sebab ade prop bergerak kat blakang mase Aizat nyanyi tu..ade mamat sorang tu buat art creative guna pasir. duk lukis macam atas meja berkaca then display kat skrin besar blakang. pakai pasir tuh....creative tu!! pasni semua pakat menghargai pasir la sebab masing-masing nak buat sand art jugak..jumpa pasir simpan. kumpol banyak-banyak. hihi...ape pun tahniah kat Aizat...dah pernah merasa juara AJL24 pun dah best kan..hihi..tapi ade satu berita tak enak lak didengari tentang Aizat. ade orang pecah masuk bilik persediaan dia then curi MacBook Anas dan Canon Aizat. Haishh!! sempat jugak mamat tu masuk curik ye. Harap mamat tu bleh lah pulangkan balik. takkan nak buat tebusan kot??

p/s/s/s: tahun depan buat lagu Sungai Terengganu lak ye..ley promoto Terengganu..hihi


#4 Karma - Faizal Tahir (Tempat ketiga)
Macam biasa lah di pentas AJL..Faizal Tahir mesti buat persembahan yang luar biasa. Kalau tahun lepas tema bukan air..dia buat gimik jatuh dalam air dengan tangan terikat. Menerusi lagu Hanyut menanglah Persembahan terbaik. tapi AJL26 bertemakan air Faizal Tahir takde lak gune konsep air. sebaliknya die gune musuh air iaitu api. Ape kaitan dengan api lak? haaa.tu dia. action nyer dia main piano yang sedang terbakar. Fuhhh...nasib baik tak lari audiens kat stadium tu. yela..ade kebakaran..Mungkin sebab guna api Faizal Tahir terlepas persembahan terbaik. tapi takpe. dapat ketiga ok lah...menang jugak kan bro. tahniah..hihi

p/s/s/s/s: piano tu memang dah tak boleh pakai dari awal kan??hehe


#5 Penakut/Gadis Semasa - Yuna
Lagu penakut ni sempoi je Yuna buat. kalau trademark die sebelum nie pegang gitar tapi lam lagu nie dia tak pegang gitar pun...guna stand mike je..tapi yang cool..steady je nyanyi...lagu ni tone dia cam rendah skit...lau sebelum ni lagu tone tinggi pun die bukak sikit je mulut die...lagu penakut ni die tak bukak langsung kot mulut...gerak-gerakkan bibir je..fuhh...pastu dengan dikelilingi lampu lak sekeliling die. cantik tu. entah kedai mana lah jadi penaja lampu tu. untung la lampu masuk tv kan. . jadi props untuk Yuna lak tuh.dan Yuna ni satu-satunya berjaya mempertaruhkan dua lagu..satu lagi Gadis Semasa. ni katanya nak cerita tentang diri dia yang rilex je menongkah arus semasa biarpun ramai duk kutuk...tak tahu lah betul tak..takut aku salah dengar je.dalam lagu ni yuna cam rockers sket..guna gitar..perrhhh..semarttt gitar dia...kalau lah dia menang then bace aku puji dia lam blog aku nih. mungkin aku bleh dapat gitar tuh. mane lah tahu kan. tapi kali ni yuna tak dapat tempat di hati juri. tapi takpe. Yuna still mendapat tempat dihatiku. #teamyuna ok.

p/s/s/s/s/s: kenapa tak pakai baju hujan je..warna kuning..sambil main gitar lam Gadis Semasa



hurmmm...tu je 5 yang aku suke lebih lah skit....yang lain pun aku suke...cume ni yg lebih skit je..tak banyak pun..sikit je..tahniah pada semua yang menang..yang tak menang tu cuba lagi..ok..hasilkan karya lagi mantap pasnie semua...dan yang pastinya...bukan AJL namenye kalau takde Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai host yang cukup sempoi..pandai hidupkan suasana..wat lawak sempoi je..tahun ni Ally Iskandar takde sebab baru je pas nikah..takpelah..tahniah kat Ally..jadi orang kampung saya lah ye..Kampung Atas Tol..Farah Lee tu senior skolah rendah saye..*kembang hidung jap* a big clap for u'olls from me Ahmad Faiz.. #sincerely :)
Ombak Rindu mengajar aku erti kehidupan. Setiap yang khilaf mampu kembali ke jalan benar. Mengapa tidak diri aku sendiri? Tidaklah rugi bagi Allah jika hambanya membeli kekafiran dengan imannya melainkan dia sendiri yang rugi.


Ku pinang kau.....

tak nak cakap banyak walaupun faiz memang tak bercakap pun. Jom relaxxan minda layan lagu nih.
#khas buat bakal isteri faiz..sape lah dia faiz pun tak tahu lagi. hihik''


Anugerah Juara Lagu 26...


Assalamualaikum

Sesape tengok AJ:26 semalam? Seperti yang telah diumumkan semalam, faiz nak ucapkan tahniah kepada semua yang telah menang semalam. Keputusan semalam pun ramai yang berpuas hati sebab semua finalist kali gempak giler tuu huhu.


AJL26 tahun nie bertemakan air. Kata Faizal Ismail semalam sesuai la sebab air selalu dikatakan dengan tema seperti taman tema air. Kat mane mane taman tema pun ade air. haaa. camne tu. Kata penganjur lak. Air ni digunakan sebab nak menunjukkan aliran arus industri semakin lancar. *ntah betul tak lah aku tulis nyer.

Tapi...Kat selangor baru baru nie ade mengalami krisis takde air. ke sebab air digunakan dalam AJL26 ni??? hurmm.. hope penganjur baik hati la nak agih agihkan air tu ke lak pasni kan..

Dengan simple theme oleh Hafiz yang hanya ber-t-shirt dan track suit adidas, Lagu Awan Nano karya M.Nasir dan Budi Hikayat (tak pasti sgt) dinobatkan Juara AJL26 diikuti Naib Juara oleh trio best iaitu Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor dengan Lagu Beribu Sesalan oleh Kevin Chen...kot...dan tempat ketiga oleh Karma nyanyian Faizal Tahir. Vokal Terbaik boleh kat Hafiz gak. So kaya la Hafiz ye. Persembahan terbaik boleh kat cute fairytale Alyah yang bergaun hitam. Macam Dark Cinderella dah faiz tengok. hihi. Ape.? Ingat spiderman ke je ade dark side.? Kalau naruto pun ade dark side apetah lagi cinderella. ade jugak dark Side nye. tapi bukan nak kata Alyah tu jahat. bukan bukan. jgn salah faham ok.  Tahniah! Tahniah!

Hafiz AF - dua anugerah "Juara AJL26 dan Vokal Terbaik"

Trio mantap 3 Suara - Shila Amzah - Ning - Jac "Naib Juara"

"Ketiga" - Faizal Tahir
Tapi ade yang tak sedap berlaku semalam. Katanya Macbook AnasAmdan dan Canon AizatAmdam  semalam dicuri. Ade orang masuk dressing room dorang dan curik barang dorang tuh. Haish. takde keje ke nak mencuri. Encik pencuri baik hati kan. Jadi pulangkan lah barang dorang tu. tak rugi pun kalau encik pulangkan. ke nak kena Misha Omar nyanyi "Pulangkan" dulu baru encik nak pulangkan..Ok

Tapi yang agak kelakar semalam shila amzah macam takleh naik tangga pentas mase nak ambil hadiah. ketaq lutut kot sebab antara gaun ketat atau menang. tapi seriously cantik giler tema dorang yang guna gaun purple gitu. faiz rase macam nak wat warna lavender lak tema kahwin faiz kelak. hihik

Ape pun..Tahniah pada yang menang... Yang kurang bernasib baik kali ni harap terus berusaha next AJL la ye. Tahniah jugak kat adik Najwa latif yang baru 16 tahun tapi dah naik pentas AJL nie. hebat tu. rase tu pun dah cukup membanggakan diri beliau sendiri tu walaupun tak menang ape ape. mungkin bleh ikut jejak langkah Datok Siti Nurhaliza kot. DCT kan nyanyi seawal 16 tahun gak. tup tup dah meletup.Ok. Gotcha!

p/s: duk update sal AJL26 semalam..jadi reporter AJL26 kejap aku semalam yang tak bergaji bak kate kawan aku.

Saturday 28 January 2012

Drama jugak..?

Ok semua. ape kabar? aku nak sambung skettt sal "drama semata-mata" hari tu. tapi ni sal betul betul drama. tu yang bagi tajuk dingin macam tu.

First. aku tak tahu lah kat mane silapnya. bagi betis nak peha. dah kaya pun nak gaduh. tahulah korang kawin atas pilihan keluarga tapi redha je lah. lagipun pilihan mak ayah korang kan elok. berharta lagi. senang lah mase depan tapi ni tak. asyik nak gaduh je. tak faham aku.so korang nak tahu aku cerita sal sape?ni cerita sal pasangan kahwin atas dasar keluarga. masing masing dah ade pilihan sendiri sampaikan dah kahwin tu still anggap masing masing cam orang asing. nak tahu lebih lanjut?

Saksikan Coklat & Vanilla (Slot Lestary - Selasa - 9.00 malam)
Lagu tema : Tapi Bagaimana (Spider)



Friday 27 January 2012

penangan Dingin Lavenda...

hye korang. sob sob. aku tak tahu lah ape kena dengan aku skarang nie. tapi seriously aku rase sedih n menyesal lepas tengok Dingin Lavenda. best giler tengok dorang bleh sambung belajar kat Melbourne. eventhough dorang berlakon je. tapi aku sedih sebab aku lepaskan peluang yg pernah aku ade dulu. kalau la aku sabar mase skolah dulu kan best. tapi aku redha. mungkin aku perlu terus berusaha lepas nie. kot kot ade lagi rezeki aku pasni Allah bagi untuk aku meneroka ciptaanNya yg indah kat negara luar sane. :')

Thursday 26 January 2012

Drama semata - mata???

Hello korang. Mesti korang tertanya kenapa tibe tibe aku bagi tajuk tuh kan. Drama semata - mata?? Siapa berdrama nge aku nih? Kenapa nak kena berdrama dgn aku plak? Perlu la nak berlakon? Perlu lah nak berdrama? Haish.

Dan sebenarnya aku maksudkan ialah drama semata - mata ni. Drama yang sedang hangat ditayangkan di TV3. Hikhik. Jom kita selongkar sket. (perhh. macam melodi lak aku - perasan lebih)

Mendahului carta blog aku :



Gemersik Kalbu ( Slot Akasia - Isnin hingga Khamis - 7.00 petang)
Lagu tema : Bila Aku Jatuh Cinta (Awi Rafael)

Cerita yang diadaptasi daripada sebuah novel jugak yang bertajuk Gemersik Kalbu nie membawakan barisan pelakon terbaik jugak iaitu Aqasha yang memegang. hurmm. asyik memegang je. tukar sket. yang me............ ha! memeluk watak Sufian dan Ayu Raudhah yang dipeluk oleh watak Raihana atau dipanggil Ana.


Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.
Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?


Dingin Lavenda ( Slot Zehra - Jumaat - 9.00 malam)
Lagu tema : Disaat Aku Mencintai Mu (Dadali)
Cerita ni pun diadaptasi dari sebuah novel bertajuk Dingin Salju Indiana yang mana mengisahkan tiga orang pelajar perempuan iaitu Jannah (Eira Syazira) , Murni (Zarina AF aka Zarina Zainoordin) dan Nana ( Faralyna Idris) yang berjaya menyambung pengajian mereka di luar negara.
Sinopsis cerita untuk Drama Bersiri Dingin Lavenda 13 Episod kesemuanya ini mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.
Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.
Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.
Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.
Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.
Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.
Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?




Pelangi Kasih ( Slot Samarinda - Selasa hingga Khamis - 10.30 malam)
Lagu tema : Bukankah Aku (Awi Rafael)
Pelakon : Nabila Huda, Puteri Sarah, Johan Ashari, Beto, Abby Abadi
citer ni aku tak tahu sangat sebab tak bpe folo.hehe
Mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila, Beto dan Puteri Sarah. Pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang bakal dilalui watak itu dalam drama arahan Feroz Khan terbitan Global Station Sdn Bhd.
Apa yang uniknya dalam drama kali ini, Nabila membawakan watak Sofia dan akan disolek menjadi perempuan berusia separuh abad. Ia bagi disesuaikan dengan wataknya yang mempunyai anak dan cucu dalam kisah itu.

Bercakap mengenai gandingannya dalam drama itu, Nabila berkata, dia tiada masalah sepanjang menjalani penggambaran drama itu dan dapat mencipta keserasian dengan Johan Asari yang memegang peranan sebagai suaminya.



Santau Merasuk (Slot Seram - Khamis - 9.30 malam)
Lagu tema : Hurmm. ade ke lagu tema seram ni?..lau ade pun..ni kot.. gurlllpppp ( masing-masing)
Pelakon : Fezrol Khan, Yana Shamsudin
tentang citer seram ni pun aku tak tahu sangat kisat ape. tapi cerita ni pun diadaptasi dari...filem lah. asyik novel je kan. filem asalnya ialah Santau then terus merasuk dalam slot seram. tu yang jadi tajuk Santau Merasuk kot. pape pun. enjoy jela citer nih. hikhik. (aku tak tengok sebab malas)

So. tu jelah citer yang tengah on-air kat tv3 pada waktu siaran yang ditetapkan. kalau korang tengok skarang asyik cerita dari novel je kan. filem pun dari novel. banyak tul kisah dari novel. mungkin selepas kejayaan Nora Elena sebelum ni lantas semua producer nak ikut. tak kesahlah janji dorang buat cerita sedap. hihi. papehal. korang enjoy la mane mane korang nak tengok. kalau tak nak tengok kat tv pun takpe. tengok kat www.tonton.com.my ok. Gotcha!
p/s : Ombak Rindu pun dari novel dan best! :)


Ombak Rindu...

Hye guys. Ok. Malam ni aku nak crite skit. Aku baru je pas tgk Ombak Rindu untuk kali ke-5 sekiannya. Haha. Am I crazy? Nooo! Yes. Aku tak giler ok. Ape salahnya aku tgk crite nie 5x pun kan. mata aku. ok. cukup aku mengarut dulu.

Dan sebenarnya aku nak crite skit tentang crite nie. kire cam pengulas lah aku nie. tapi bukan lah macam pengkritik. aku jarang kritik filem orang sebab aku ni tak terer cam dorang nak buat filem so kire cam aku tak layak nak kritik filem org.

Ombak Rindu arahan Osman Ali fdam adaptasi dari novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari sangat menarik minat aku untuk menonton criter nie berulang kali. Crite nie sgt menyentuh emosi aku yang terkenal dengan orang lelaki takde perasaan tapi crite nie wat aku menitis air mata setiap aku tgk. Tak kesahlah korang nak kate ape pun. keras-keras aku pun ade perasaan ok. Mak Jemah AF pun ade perasaan ok.

Dibarisi pelakon mantap Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palare, crite nie mnegisahkan kisah seorang wanita sebuah kampung bernama Izzah (Maya Karin) yang tinggal bersama mak dan ayah saudaranya. Izzah ni keja kat warung time malam tapi ngajar anak orang kampun mengaji al-quran time siangnya. Kat kampung tak de name tu ade sorang mamat name Mail (Bront Palare) yang minat dan sayang Izzah nie. Tapi Izzah ni just anggap Mail ni kawan baik dari kecil lagi.

Izzah ni bantu pak saudara nye tuk cari duit makan dorang tapi pak saudara Izzah ni jahat. Dia pernah nak rogol Izzah tapi nasib mak saudara Izzah tu sempat balik dan halang suaminya tuh. Selamat lah Izzah. Letih nak taip panjang-panjang pak saudara nie lak. aku gune uncle and auntie lah eh. Ok. thanks. Uncle Izzah ni dah jahat memang jahat. Dia bawak Izzah pergi KL untuk kerja tapi uncle nye tu tipu. Dia jual Izzah kat sorang tauke nightclub untuk langsaikan hutang. So Izzah kena paksa jadi pelacur kat nightclub tuh. Dia taknak dan cuba lari tapi kena tangkap and kena paksa minum arak supaya mabuk tak sedarkan diri. Time nak lari sebelum tuh Harris (Aaron Aziz) nak terlanggar die. Izzah mintak tolong tapi Harris tak leh nak tolong time tuh. So die pergi nightclub tuh untuk cari Izzah. Dah jumpa tuh Harris bayar kat tauke tadi untuk rogol Izzah. Sebab die fikir Izzah memang rela jadi pelacur. Bila dah selesai tuh. Izzah tersedar dan mintak Harris tolong lepaskan dia. Harris pun beli Izzah dari tauke tuh dan jadikan Izzah perempuan simpanan kat rumah Harris yang lain.

tapi dah ade kat rumah tuh dorang jadi lain. Izzah mintak Harris ni kawin nge dia sebab taknak wat dosa. Izzah nie baik sampaikan taknak mintak pape hak sebagai isteri sebab die je nak lepas dari dosa je. Harris pun setuju kawin kat Siam. Pastu mulalah hidup baru dua orang nie. Dah bersama kan. Mula mula memang benci tapi benci tulah tukar jadi sayang. Jelek tulah jadi cinta. Harris mula sayang dan cintakan Izzah. Dia nak jaga Izzah sebaiknya sebab dah sayang giler.

Sebab terlalu sayangkan Izzah nie Harris nak batalkan wedding die dengan Mila Emylia (Lisa Surihani) tapi permainan mak Harris berjaya wat Harris kahwin jugak. Tinggallah Izzah sorang je. Tak jumpa langsung dah suami dia pastu sampailah satu hari Harris datang rumah Mak Jah (Normah Damanhuri) dan Pak Dollah (Zaidi Omar) yang kebetulan Izzah pun ada jugak. Baru lah jumpa balik. tapi Izzah lari masuk bilik tapi Harris lak kejar masuk bilik. Dorang nangis lah plak time nie sampaikan aku pun nangis gak. Haish! Mak Jah dan Pak Dollah yang awalnya tak tahu Harris n Izzah nie dah nikah pun terkejut lah sebab ingat dorang wat dosa tapi dorang bersyukur bila Harris btau dorang dah 2 tahun kahwin.

Mila ni lak jumpa Izzah sebab nak tahu sape perempuan simpanan Harris suami dia tuh tapi Izzah kate tak tahu. sampailah satu hari Mila ni nampak Wafi (Julia Ziegler) dalam pelukan Harris sambil nangis-nangis. So dia salah faham ingat Wafi kawan baik dia sendiri nak rampas suami dia. Perempuan simpanan Harris. Mila pun lari lah tapi tak lari betul betul. dia naik keta lah. letih kot kalu betul betul lari. keta mahal lak tuh. BMW
 5series lak tuh. warna hitam. tu la keta idaman aku jugak. hurmm. maklumlah. Mila Emylia anak Tan Sri Rashdan. Mane tak mampunye pakai keta besar tuh kan. Back to the story. Izzah yang kebetulan nampak jugak adegan Wafi nge Harris tadi pun lari lah jugak. Naik keta lah jugak. tapi keta kecik je. Viva biru. Harris pun ape lagi. Kejar lah jugak Izzah. Wafi pun start pelik sebab Harris tak kejar Mila tapi kejar Izzah.

Then mase adegan kejar kejar tu Harris excident sebab nak elak lori tanah. Kaki patah kot. Tengkuk pun patah kot sebab nampak ade balut kat tengkuk tuh. Izzah ni setia sampaikan jaga suami dia tuh semalaman. baca yassin tuk Harris. Semayang sunat. doa. Tapi esok nyer tuh ibu Harris datang dan terkejut lah tgk Izzah ade. Dia halau Izzah then mintak Izzah berhenti kerja. Tak cukup dengan tuh. Dia suh Izzah blah dari rumah Harris. Tengah tengah malam hujan lebat Izzah balik kampung. Keta nge henpon kena rampas. Tapi Izzah redha.

Kat kampung Izzah jumpa Mail balik. Mail mintak tolong Izzah bawak dia pergi KL sebab ade temuduga kerja. Kebetulan Mak Jah nge Pak Dollah lak baru balik dari Mekah. So dorang stay umah Mak jah n Pak Dollah lah. Pastu kebetulan time dorang kuar makan ade orang ambil gambar dorang. Orang tu orang upahan ibu Harris yang benci kat Izzah. Bila kat rumah dia tuh. Dia tunjuk gambar tu kat Harris. kate Izzah langsung xde tanye khabar sal Harris time Harris eksiden tuh. Harris mulanya tak caye tapi bila dah tgk gambar tu dia trus cayer. Esoknya dia g umah MJ n PD (shortform jelah) tgk Izzah ade and Mail pun ade. Harris trus marah lah. terus blah dari situ. Izzah kejar tapi rebah. then masuk hospital sebab dia mengandung. Tapi kandungan dia selamat. Dia bersyukur sebab ade zuriat dari Harris walaupun Harris dah taknak kat dia. Tapi PD tak puas hati terus g jumpa Harris kat rumah dia. PD bongkar semua ape yang berlaku. Bila dah tahu Izzah tak salah tuh Harris menyesal. Dia cari Izzah tapi tak jumpa sampailah Harris cari kat kampung Izzah. Bila dah jumpa tuh dorang kembali bersama. Kebetulan Mila pun ade datang. Jumpa Izzah dan die mintak Harris ceraikan dia sebab nak lupakan Harris. Then Harris nge Izzah hidup bahagia. Mila menang awards lak pastu. Pelakon terbaik.

Lam filem menang awards. Luar filem menang filem. realiti pun menang awards. Lisa Surihani memang terbaik lah. I adore her ok. Eventhough Yusry dah nak kawin dengan dia. Aku pasrah. Bak kata dia. Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. So aku redha nge pasrah jelah.

Tahniah buat semua krew yang berjaya dalam pengambaran filem Ombak Rindu nie. pelakon yang mantap bermain emosi. Hebat! Maya Karin the best lah. Tahniah gak wat kameraman sebab view cantik. gempak. sayu je tengok. :')

Tapi filem nie aku rase sangat terbaik walaupun ramai kate tak bagus tapi ramai jugak kate bagus. Crite nie sangat menunjukkan kisah kehidupan yang mencabar tapi akhirnya kebahagiaan yang ramai mesti mengharapkan macam lam crite nie. Yang tak suka tuh. kalau dorang dapat pakwe or makwe camni Harris and Izzah nie mesti hapy jugaknye. Dorang tak suke mybe sebab dorang jeles dorang takde macam tu. Haha. Dengan lagu OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz n Adira ni jugak berjaya membangkitkan sentimental sedih tuh. Yang tak rase pape tuh memang hati batu kot. batu bersimen lagi. keras sangat. haha. So better enjoy yourself. Gotcha!

Ok. so enjoy lagu nie dan snapshot yang aku amik dari crite nih. hikhik XD

p/s : Yusry. tolong jaga Lisa Surihani leklok. Jangan nak bercerai berai lak pasnie. Hurmm~
p/ss: aku dengar lagu nie time tulis blog nih. hikhik XD

Ombak Rindu OST (Hafiz ft. Adira)




Tajuk


Maya Karin
 
Cantik kan Maya Karin :)

ni autie Izzah

ni time Izzah nak kena jual

ni Izzah merayu ke Harris untuk selamatkan dia

ni Harris n Izzah kahwin kat Siam

ni muka gembira Izzah :)

ni Izzah nak bermanja :)

ni Harris dah sedar dan mintak maaf kat Izzah

ni time Harris berjanji nak jaga Izzah

ni time Harris btau Mila untuk cancel wedding

muka Harris tak rela kahwin ngan Mila-ketat giler muka bro!

ni Harris jumpa Izzah semula

masa Harris btau MJ n PD yang dah kahwin dengan Izzah

Izzah sedih dan rase bersalah mase Harris excident :')

Izzah isteri yang setia :')

ni ibu Harris halau Izzah

ni mase ibu Harris tunjuk gambar Izzah dengan Mail - Harris pelik ke ape tu?

ni time kelam kabut kat umah MJ n PD :'(

Harris marah Izzah time ni :'(

Izzah jatuh :'(

pembongkaran segalanya :')

Harris kembalik pada Izzah :')

Mila slowtalk dgn Izzah :')

Mila minta Harris ceraikan dia :')

Kebahgiaan kembali :')

Tamat :')


Monday 9 January 2012

Sunday 8 January 2012

#rahmat Allah..

Assalamualaikum

hey guys or lam bahasa melayu nya korang...well...kalau korang tgk post title tu pun cam gempak kan. *perhh..mamat ni. asyik post sal islamik saje*..sebenarnya aku bukan lah tok alim. ni aku post pun sebab tibe tibe dengan mendadaknya idea masuk lam otak kanan aku ini lantas menyeru aku untuk menaip lam blog aku nie. tapi takpe. harapnyer korang sudi lar membaca nie.

Ni saje je aku nak berkongsi. Tapi mesti korang semua dah tahu. Tapi tak salah kan kalau aku still nak bagitahu? So aku decide la aku nak bagitahu. Eventhough korang dah tahu. Tapi aku still nak bagitahu. Cukuplah aku mengarut sal perkataan tahu dulu. Rahmat Allah? Satu perkara yang sangat dimahukan. diinginkan. dicari oleh setiap hamba Allah yang beriman. Kerana rahmat Allah mengatasi segalanya. Seorang yang melakukan dosa besar dalam kehidupan sehariannya namun kerana tibat satu detik dia rase nak bertaubat namun tak sempat sebab mungkin mati kemalangan ke. mati tercekik tulang ikan ke. mati tercekik air ke. Tapi dengan niat dia yang ikhlas nak bertaubat tadi tuh. InsyaAllah. Allah mengampunkan segala dosanya sebelum nie dan dengan rahmat Allah dia dimasukkan ke dalam syurga Allah. Betapa besarnya rahmat Allah kan?

Tapi ni bukan bermaksud aku nak korang wat dosa besar then niat nak taubat pastu p bunuh diri. Tu memang urusan ko dengan Allah la. cari nahas pasai pa. Ni aku bagi contoh je. nak tunjuk yang rahmat Allah ni besar sehingga kan mampu memasukkan seorang pendosa ke dalam syurga. Tapi jangan lak yang duk seronok wat dosa tu. nak mati baru niat nak bertaubat. tu memang jelas jelas taubatnya dak diterima. Allah dah menyatakan sedemikian rupa kan. Taubat orang yang nazak tidak diterimaNya lagi.


Kebesaran Allah ni pun. mampu memasukkan seorang hamba yang Alim ke dalam nerakaNya. kenapa lak orang alim masuk neraka? Ya. tak semua yang nampak alim tu akan masuk syurga. tak semua yang ceramah agama tuh jaminan syurga untuknya. Diriwayatkan satu kisah yang mana pada zaman dahulu terdapat seorang yang tersangatlah alim. patuh pada ajaran Islam. ibarat Islam is my way of life la bagi die. tapi time tuh dorang cakap arab. mana ade cakap inggeris nie. Ok. sambung. hamba Allah ni kalau kemana saje die pergi. Akan ade awan yang melindunginya sepanjang die berjalan. melindungi dari panas mentari. betapa kasihnya Allah kat hambaNya nie kan. kite? ade ke sampai camtu. susah nak capai tahap camtu sekarang nie. even aku pun belum tentu layak ke syurgaNya. Ok. sambung lagi. dipendekkan cerita walaupun dah panjang. Satu hari ade seorang perempuan tua yang sangat serabai dan terabai. pakaian koyak rabak. comot. kotor. sebab perempuan keje dia as pelacur. aka GRO terlarang. tapi dulu takde kelab malam. so tak panggil la GRO nih. tp satu hari tu perempuan tua ni nak bertaubat. sampailah dia nampak hamba alim tadi. dia pun mendekati hamba tersebut dan menceritakan kisahnya. yang dia ni pelacur tapi dia nak memohon keampunan dari Allah. dia nak bertaubat sebab menyesal dengan keje terkutuk dia selama nie. Tapi orang alim tadi tu refuse. haaa. atau menolak permintaan dia. bahkan dengan takbur riaknya dia berkata " pergi kau jauh dari aku. aku ni orang suci. kau orang pengotor. tak layak untuk mendekati aku". lalu perempuan tu menangis. tak semena - mena awan yang keje nye duk lindung mamat tadi tu bertukar gelap dan mengeluarkan kilat lalu menyambar kedua-dua insan nie. matilah dua orang nie. bila orang ramai tgk mayat dua orang nie. dilihatnya mayat perempuan pelacur tuh berseri-seri mukanya. putih. senyum. manakala mamat alim tadi berubah. hitam. buruk. haaa. lalu dikatakan bahawa Allah telah mengampun dosa wanita tersebut sebelum dia meninggal lagi sebab nya niat dia nak bertaubat tu ikhlas. dan lelaki alim tadi semua amalan pahalanya ditolak. sebab dia takbur. riak.

Jadi tu lah menunjukkan rahmat dan kebesaran Allah. jadi korang yang duk kate " aku nak bertaubat tapi terima kah Allah akan taubatku " tu jangan kate camtu dulu. yang penting niat ikhlas. sebesar mane pun dosa kite tapi jika kita ikhlas nak bertaubat. Allah akan mengampunkan bahkan lagi menyayangi kita. bersyukurlah kita diberikan peluang untuk menerima hidayahNya. tanpa hidayahNya mustahil kita akan ke syurgaNya yang kekal abadi. Wallahu'alam :)

Saturday 7 January 2012

#air dan keberadaannya dihargai...

*gambar sama cam post semalam*

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya gak melepasi Peperiksaan Menghadapi Ketiadaan Air Akhir Semester 1 semalam. Hari nie air kembali mengalir di bumi IZISH melalui paip-paip air la kan. takkan kut bawah simen lak. tak pun bawah tilam. Kalau ade tu maknanya air lain lah tuh..haha. woot! woot!

p/s : kembali segar selepas mandi di dinihari yang tak berapa nak dinihari dah

Friday 6 January 2012

#air dan kehilangan dirasai....


Assalamualaikum


Ok. Korang nampak gambar entry ni? Air dan kepala paip. Ape kaitan dengan entri ni kan. Sebenarnya aku sekarang bersama beribu lagi mahasiswa di universiti tempat aku ni sedang menghadapai peperiksaan akhir semester 1 sesi ni. Nama exam ni ialah Peperiksaan Menghadapi Ketiadaan Air Akhir Semester 1. Yang menariknya exam ni tak gune paper. so kami tak perlu turun dectar or dtams or dg untuk jawab exam nie. exam ni kami jawab kat bilik masing-masing je. Tibe-tibe rase macam kat negara takde air. Negara mane eh yang hadapi krisis takde air ni. hermm.. woot! woot!

p/s:sedang menahan dari membuang air kecil semenjak sejam yang lalu *muke merana* o.o"

#Aku dan Naruto Shippuuden...Hyuuga Hinata

Assalamualaikum

Ok korang. Salam untuk semua samada lelaki, perempuan, pakcik, makcik, suami, isteri, ayah, ibu, nenek, datuk, sir, madam, tuan, puan sekalian yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada orang tersayang pastinya untuk terus menempuh ujian dalam kehidupan yang mana sudah pasti setiap orang akan menghadapi ujian masing masing.

Entry kali ni aku nak crite sikit sal anime Naruto yang sekarang ni dah masuk version Naruto Shippuuden kan. Pada yang tahu tahniah lah sebab anda memiliki minat yang sama dengan saya iaitu minat crite naruto ni. Pada yang tak minat tu cuba lah untuk meminati ye. tak rugi kalau minat pun. Ok. Pasti korang yang minat nie kenal Hyuuga Hinata kan? 

nilah dia Hyuuga Hinata - Byakugan Power

Alaa. this one yang cute cute comel comel cantik cantik lawa lawa ayu ayu tuh. putih lak tuh. mata cantik. bile kartun memang dorang lukis cantik cantik saje je kan nak bagi aku kempunan nak Hinata ni walaupun aku tahu aku takkan dapat Hinata nie. 

Sebenarnya aku minat Naruto ni sebab aku rase citer ade bagusnya. Ade pengajaran nya. Tapi tu bagi aku la. Bagi orang lain aku tak tahu la. Dan babak Hinata lak. Personaliti Ninja comel ni ialah dia seorang yang mempunyai self-esteem yang tinggi. High determination. Eventhough dia berusaha sebab nak catch-up Naruto tapi bagus la. Semangat juang yang tinggi. Dari time die kecik sampailah die besar die seorang yang bersemangat lebih lebih bila Naruto puji or sokong dia. Time Naruto ikut Jiraiya-sensei berlatih kat luar Konoha time tu jugak Hinata ni mintak bantuan Hyuuga Neji untuk latih dia sebab Neji ni kire handal la lam keluarga Hyuuga nie. Tapi sebab Hinata ni macam anak tuan besar walhal Neji ni orang bawahan tapi Hinata tetap salute dengan Neji sebab Neji lagi gempak. Tapi Neji pun same. dia hormat Hinata sebagai anak tuan besar lam keluarga Hyuuga nie. Dan tu baru sebab Naruto. Kalau aku bagi kata kata semangat kat dia kompem dia lagi bersemangat. Time lawan Pain tuh, mesti dia dapat kalahkan Pain time tuh. Kalau dia tengok aku kena cucuk ngan besi Pain time tuh mesti dia kuat giler. Menangis tgk aku kena cucuk tapi mesti semakin kuat semangat untuk tewaskan Pain. Haa. Nampak tak effect aku ke Hinata. Ni la dikatakan cinta sejati!hahahaha

nilah scene Naruto kena cucuk di besi Pain tu - Hinata

Tp sape sape yang minat Hinata nie harap maaf la. Cari la girls lain ek. Please. Bagi kat saye je lah Hinata nie. Please jangan rampas Hinata dari saya ok. *walaupun Hinata minat Naruto*..tapi takpe. Naruto nak kat Sakura so aku ade can la nak usha Hinata nih. Hehe. Ok. Sebenarnya aku nak btau tu je. Aku minat Hinata nie. Scent die nak selamatkan Naruto and lawan Pain tuh. Fuhh..aku nak nangis je tgk. Kan best kalau aku kat tempat tu. Aku akan lawan Pain tuh. Alar senang je nak kalahkan Pain tu. Tapi aku tetap terharu tgk adegan tu. :') I Love Hyuuga Hinata! Ok. cukuplah sini je aku mengarut sal Hinata dan aku nih~ *Gilak aku nih*


ni Hinata time kecik-kecik. Selalu jadi ayu camni bila tengok Naruto
High - determination! - Hyuuga Hinata


 pic nie dia email kat aku - rindu katenyer. hekhek *aku blushing*





2 pic kat bawah ni dia emel gak - katenyer lakonan je so taknak aku salah faham. Ok :)



ni lak pic mase nak dinner nge kawan-kawan dia - paling cantik kan. Tak seksi if compare dgn yang lain :)



ni pic dia as cover majalah kat japan sana katenyer. beruntungla aku kan :)



ni video klip dia as promote Naruto Movies katenyer -"Westlife - Leaving"


Ok. tu sajelah antara kisah Hinata yg dapat aku kongsi. If ade terase annoy giler dgn aku or annoy separuh giler maaf lah. Aku tak berniat pun nak jadi annoying. woot! woot! :)