Tuesday 31 January 2012

Assalamualaikum semua. Ok.

Aku nak cerita sal trending artis ni skit...ade dua orang artis ni yang mane semakin mendapat tempat di hati masyarakat..tak kira tua atau muda..lelaki atau perempuan...sampaikan kanak kanak pun boleh terpikat dengan persembahan mantap dua orang artis nie..siapakah beliau berdua?? ayuh kita korak-korek!!

#1 Ustaz Azhar Idrus
Haa...tu dia..ustaz ni semakin trending di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya Islam la..sebab cara penyampaian beliau sangat berkesan..sangat menarik sampaikan setiap kali beliau buat tazkirah di mana mana masjid atau pusat pasti ramai memenuhi ruangan yang ada di hadapan beliau. cara penyampaian yang cukup mudah untuk menjelaskan ape saje isu yang dilontarkan kepada beliau membuatkan ramai orang berminat untuk mendekati UAI..ustaz nie jugak hebat dalam berfotografi..setiap kali ustaz ni keluar tempat orang untuk bagi ceramah agama mesti beliau bawak bersama kamera DSLR untuk ambil gambar. yang menariknya setiap gambar tu menceritakan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla..huraian oleh ustaz tersebut menambahkan lagi minat followers beliau untuk kekal support beliau. satu Malaysia kenal ustaz nie sampaikan kat perhimpunan Shah Alam sebelum hampir berpuluh ribu orang datang membanjiri dataran Shah Alam. fuhh..gempak kan. Kira nya kalaulah Subuh di masjid macam ni..Pasti gentarlah Yahudi laknatullah di bumi Arab. Allahu'alam

#2 Ustaz Don Daniyal
Mesti kalau sebut ustaz don..ustaz don..semua kenal..satu Malaysia gak kenal. mane ke taknya. beliau ade slot sendiri di tv Al-Hijrah iaitu 30 minit bersama Ustaz Don...dalam slot ni ustaz don slalu duk cerita sal perihal agama..pernah aku tengok skali sampaikan beliau menitiskan air mata..hanya kerana cerita sal rindu kepada baginda Rasulullah S.A.W..sukar untuk dia bercakap sebab sebak..rindu..then beliau tanya..tuan puan tak rindu ke ke nabi? ..ape kita nak jawab?? berapa kali kita ingat baginda dalam satu hari? satu bulan? satu tahun ? jadi tepuk dada tanya iman..

Semoga semakin ramai anak Islam mendekati orang seperti ini...jangan mendekati agama kerana orangnya tapi dekatilah agama kerana hati sendiri. kerana ikhlas..kerana itu lebih afdal...diterimaNya..





p/s : pesanan untuk diri sendiri juga yang masih jauh dalam perjalanan..adakah aku tergolong dalam kalangan mereka dikasihi Allah?? hanya Allah Maha mengetahui..aku hanya mampu berserah dah berusaha selalu untuk mendekatiNya. Allahu'alam..Wasalam.

No comments:

Post a Comment