Sunday, 8 January 2012

#rahmat Allah..

Assalamualaikum

hey guys or lam bahasa melayu nya korang...well...kalau korang tgk post title tu pun cam gempak kan. *perhh..mamat ni. asyik post sal islamik saje*..sebenarnya aku bukan lah tok alim. ni aku post pun sebab tibe tibe dengan mendadaknya idea masuk lam otak kanan aku ini lantas menyeru aku untuk menaip lam blog aku nie. tapi takpe. harapnyer korang sudi lar membaca nie.

Ni saje je aku nak berkongsi. Tapi mesti korang semua dah tahu. Tapi tak salah kan kalau aku still nak bagitahu? So aku decide la aku nak bagitahu. Eventhough korang dah tahu. Tapi aku still nak bagitahu. Cukuplah aku mengarut sal perkataan tahu dulu. Rahmat Allah? Satu perkara yang sangat dimahukan. diinginkan. dicari oleh setiap hamba Allah yang beriman. Kerana rahmat Allah mengatasi segalanya. Seorang yang melakukan dosa besar dalam kehidupan sehariannya namun kerana tibat satu detik dia rase nak bertaubat namun tak sempat sebab mungkin mati kemalangan ke. mati tercekik tulang ikan ke. mati tercekik air ke. Tapi dengan niat dia yang ikhlas nak bertaubat tadi tuh. InsyaAllah. Allah mengampunkan segala dosanya sebelum nie dan dengan rahmat Allah dia dimasukkan ke dalam syurga Allah. Betapa besarnya rahmat Allah kan?

Tapi ni bukan bermaksud aku nak korang wat dosa besar then niat nak taubat pastu p bunuh diri. Tu memang urusan ko dengan Allah la. cari nahas pasai pa. Ni aku bagi contoh je. nak tunjuk yang rahmat Allah ni besar sehingga kan mampu memasukkan seorang pendosa ke dalam syurga. Tapi jangan lak yang duk seronok wat dosa tu. nak mati baru niat nak bertaubat. tu memang jelas jelas taubatnya dak diterima. Allah dah menyatakan sedemikian rupa kan. Taubat orang yang nazak tidak diterimaNya lagi.


Kebesaran Allah ni pun. mampu memasukkan seorang hamba yang Alim ke dalam nerakaNya. kenapa lak orang alim masuk neraka? Ya. tak semua yang nampak alim tu akan masuk syurga. tak semua yang ceramah agama tuh jaminan syurga untuknya. Diriwayatkan satu kisah yang mana pada zaman dahulu terdapat seorang yang tersangatlah alim. patuh pada ajaran Islam. ibarat Islam is my way of life la bagi die. tapi time tuh dorang cakap arab. mana ade cakap inggeris nie. Ok. sambung. hamba Allah ni kalau kemana saje die pergi. Akan ade awan yang melindunginya sepanjang die berjalan. melindungi dari panas mentari. betapa kasihnya Allah kat hambaNya nie kan. kite? ade ke sampai camtu. susah nak capai tahap camtu sekarang nie. even aku pun belum tentu layak ke syurgaNya. Ok. sambung lagi. dipendekkan cerita walaupun dah panjang. Satu hari ade seorang perempuan tua yang sangat serabai dan terabai. pakaian koyak rabak. comot. kotor. sebab perempuan keje dia as pelacur. aka GRO terlarang. tapi dulu takde kelab malam. so tak panggil la GRO nih. tp satu hari tu perempuan tua ni nak bertaubat. sampailah dia nampak hamba alim tadi. dia pun mendekati hamba tersebut dan menceritakan kisahnya. yang dia ni pelacur tapi dia nak memohon keampunan dari Allah. dia nak bertaubat sebab menyesal dengan keje terkutuk dia selama nie. Tapi orang alim tadi tu refuse. haaa. atau menolak permintaan dia. bahkan dengan takbur riaknya dia berkata " pergi kau jauh dari aku. aku ni orang suci. kau orang pengotor. tak layak untuk mendekati aku". lalu perempuan tu menangis. tak semena - mena awan yang keje nye duk lindung mamat tadi tu bertukar gelap dan mengeluarkan kilat lalu menyambar kedua-dua insan nie. matilah dua orang nie. bila orang ramai tgk mayat dua orang nie. dilihatnya mayat perempuan pelacur tuh berseri-seri mukanya. putih. senyum. manakala mamat alim tadi berubah. hitam. buruk. haaa. lalu dikatakan bahawa Allah telah mengampun dosa wanita tersebut sebelum dia meninggal lagi sebab nya niat dia nak bertaubat tu ikhlas. dan lelaki alim tadi semua amalan pahalanya ditolak. sebab dia takbur. riak.

Jadi tu lah menunjukkan rahmat dan kebesaran Allah. jadi korang yang duk kate " aku nak bertaubat tapi terima kah Allah akan taubatku " tu jangan kate camtu dulu. yang penting niat ikhlas. sebesar mane pun dosa kite tapi jika kita ikhlas nak bertaubat. Allah akan mengampunkan bahkan lagi menyayangi kita. bersyukurlah kita diberikan peluang untuk menerima hidayahNya. tanpa hidayahNya mustahil kita akan ke syurgaNya yang kekal abadi. Wallahu'alam :)

No comments:

Post a Comment