Monday, 30 January 2012

Anugerah Juara Lagu 26...


Assalamualaikum

Sesape tengok AJ:26 semalam? Seperti yang telah diumumkan semalam, faiz nak ucapkan tahniah kepada semua yang telah menang semalam. Keputusan semalam pun ramai yang berpuas hati sebab semua finalist kali gempak giler tuu huhu.


AJL26 tahun nie bertemakan air. Kata Faizal Ismail semalam sesuai la sebab air selalu dikatakan dengan tema seperti taman tema air. Kat mane mane taman tema pun ade air. haaa. camne tu. Kata penganjur lak. Air ni digunakan sebab nak menunjukkan aliran arus industri semakin lancar. *ntah betul tak lah aku tulis nyer.

Tapi...Kat selangor baru baru nie ade mengalami krisis takde air. ke sebab air digunakan dalam AJL26 ni??? hurmm.. hope penganjur baik hati la nak agih agihkan air tu ke lak pasni kan..

Dengan simple theme oleh Hafiz yang hanya ber-t-shirt dan track suit adidas, Lagu Awan Nano karya M.Nasir dan Budi Hikayat (tak pasti sgt) dinobatkan Juara AJL26 diikuti Naib Juara oleh trio best iaitu Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor dengan Lagu Beribu Sesalan oleh Kevin Chen...kot...dan tempat ketiga oleh Karma nyanyian Faizal Tahir. Vokal Terbaik boleh kat Hafiz gak. So kaya la Hafiz ye. Persembahan terbaik boleh kat cute fairytale Alyah yang bergaun hitam. Macam Dark Cinderella dah faiz tengok. hihi. Ape.? Ingat spiderman ke je ade dark side.? Kalau naruto pun ade dark side apetah lagi cinderella. ade jugak dark Side nye. tapi bukan nak kata Alyah tu jahat. bukan bukan. jgn salah faham ok.  Tahniah! Tahniah!

Hafiz AF - dua anugerah "Juara AJL26 dan Vokal Terbaik"

Trio mantap 3 Suara - Shila Amzah - Ning - Jac "Naib Juara"

"Ketiga" - Faizal Tahir
Tapi ade yang tak sedap berlaku semalam. Katanya Macbook AnasAmdan dan Canon AizatAmdam  semalam dicuri. Ade orang masuk dressing room dorang dan curik barang dorang tuh. Haish. takde keje ke nak mencuri. Encik pencuri baik hati kan. Jadi pulangkan lah barang dorang tu. tak rugi pun kalau encik pulangkan. ke nak kena Misha Omar nyanyi "Pulangkan" dulu baru encik nak pulangkan..Ok

Tapi yang agak kelakar semalam shila amzah macam takleh naik tangga pentas mase nak ambil hadiah. ketaq lutut kot sebab antara gaun ketat atau menang. tapi seriously cantik giler tema dorang yang guna gaun purple gitu. faiz rase macam nak wat warna lavender lak tema kahwin faiz kelak. hihik

Ape pun..Tahniah pada yang menang... Yang kurang bernasib baik kali ni harap terus berusaha next AJL la ye. Tahniah jugak kat adik Najwa latif yang baru 16 tahun tapi dah naik pentas AJL nie. hebat tu. rase tu pun dah cukup membanggakan diri beliau sendiri tu walaupun tak menang ape ape. mungkin bleh ikut jejak langkah Datok Siti Nurhaliza kot. DCT kan nyanyi seawal 16 tahun gak. tup tup dah meletup.Ok. Gotcha!

p/s: duk update sal AJL26 semalam..jadi reporter AJL26 kejap aku semalam yang tak bergaji bak kate kawan aku.

No comments:

Post a Comment