Thursday, 26 January 2012

Drama semata - mata???

Hello korang. Mesti korang tertanya kenapa tibe tibe aku bagi tajuk tuh kan. Drama semata - mata?? Siapa berdrama nge aku nih? Kenapa nak kena berdrama dgn aku plak? Perlu la nak berlakon? Perlu lah nak berdrama? Haish.

Dan sebenarnya aku maksudkan ialah drama semata - mata ni. Drama yang sedang hangat ditayangkan di TV3. Hikhik. Jom kita selongkar sket. (perhh. macam melodi lak aku - perasan lebih)

Mendahului carta blog aku :



Gemersik Kalbu ( Slot Akasia - Isnin hingga Khamis - 7.00 petang)
Lagu tema : Bila Aku Jatuh Cinta (Awi Rafael)

Cerita yang diadaptasi daripada sebuah novel jugak yang bertajuk Gemersik Kalbu nie membawakan barisan pelakon terbaik jugak iaitu Aqasha yang memegang. hurmm. asyik memegang je. tukar sket. yang me............ ha! memeluk watak Sufian dan Ayu Raudhah yang dipeluk oleh watak Raihana atau dipanggil Ana.


Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Cinta Wan Ariffin masih utuh di sanubari lalu Raihana mengunci hati kerana enggan memungkiri ikrar setia kasih sehidup semati. Walaubagaimanapun, rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana akhirnya membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra.
Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh cuba memenangi cinta Raihana kerana dia percaya suatu hari nanti gadis pujaannya akan membuka pintu hatinya untuk menerimanya sebagai suami yang sah. Namun setelah beberapa ketika, Raihana tetap berkelakuan dingin dan kaku membuatkan Sufian bagai hilang arah. Bersama adiknya, Azila dan sepupunya, Darlina, Sufian nekad dan membuat rancangan untuk menyedarkan Raihana.
Mampukah kasih dan kebijaksanaan Sufian mencairkan hati Raihana yang dingin? Dapatkah Raihana menerima Sufian dengan sepenuh hati dan mengecapi sinar kebahagiaan untuk kali kedua?


Dingin Lavenda ( Slot Zehra - Jumaat - 9.00 malam)
Lagu tema : Disaat Aku Mencintai Mu (Dadali)
Cerita ni pun diadaptasi dari sebuah novel bertajuk Dingin Salju Indiana yang mana mengisahkan tiga orang pelajar perempuan iaitu Jannah (Eira Syazira) , Murni (Zarina AF aka Zarina Zainoordin) dan Nana ( Faralyna Idris) yang berjaya menyambung pengajian mereka di luar negara.
Sinopsis cerita untuk Drama Bersiri Dingin Lavenda 13 Episod kesemuanya ini mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.
Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.
Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.
Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.
Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.
Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.
Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?




Pelangi Kasih ( Slot Samarinda - Selasa hingga Khamis - 10.30 malam)
Lagu tema : Bukankah Aku (Awi Rafael)
Pelakon : Nabila Huda, Puteri Sarah, Johan Ashari, Beto, Abby Abadi
citer ni aku tak tahu sangat sebab tak bpe folo.hehe
Mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila, Beto dan Puteri Sarah. Pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang bakal dilalui watak itu dalam drama arahan Feroz Khan terbitan Global Station Sdn Bhd.
Apa yang uniknya dalam drama kali ini, Nabila membawakan watak Sofia dan akan disolek menjadi perempuan berusia separuh abad. Ia bagi disesuaikan dengan wataknya yang mempunyai anak dan cucu dalam kisah itu.

Bercakap mengenai gandingannya dalam drama itu, Nabila berkata, dia tiada masalah sepanjang menjalani penggambaran drama itu dan dapat mencipta keserasian dengan Johan Asari yang memegang peranan sebagai suaminya.



Santau Merasuk (Slot Seram - Khamis - 9.30 malam)
Lagu tema : Hurmm. ade ke lagu tema seram ni?..lau ade pun..ni kot.. gurlllpppp ( masing-masing)
Pelakon : Fezrol Khan, Yana Shamsudin
tentang citer seram ni pun aku tak tahu sangat kisat ape. tapi cerita ni pun diadaptasi dari...filem lah. asyik novel je kan. filem asalnya ialah Santau then terus merasuk dalam slot seram. tu yang jadi tajuk Santau Merasuk kot. pape pun. enjoy jela citer nih. hikhik. (aku tak tengok sebab malas)

So. tu jelah citer yang tengah on-air kat tv3 pada waktu siaran yang ditetapkan. kalau korang tengok skarang asyik cerita dari novel je kan. filem pun dari novel. banyak tul kisah dari novel. mungkin selepas kejayaan Nora Elena sebelum ni lantas semua producer nak ikut. tak kesahlah janji dorang buat cerita sedap. hihi. papehal. korang enjoy la mane mane korang nak tengok. kalau tak nak tengok kat tv pun takpe. tengok kat www.tonton.com.my ok. Gotcha!
p/s : Ombak Rindu pun dari novel dan best! :)


No comments:

Post a Comment