Thursday 1 March 2012

Kasih Ibu Bapa, Hati Anak

Assalamualaikum semua. terpanggil saya hari ini untuk menulis tentang satu artikel berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Sebenarnya tadi saya menonton Wanita Hari Ini (1 Mac 2012) yang mana topiknya ialah Fail Mahkamah: Hak Ibu Bapa, Anak Dewasa Lari Rumah.

Kalau la kite aktif, peka, skarang ni slalu je kan ade kes ank lari dari rumah. Ade yg dibawa lari, adyg suka lari, ada ikut boyfriend, ade ikut girlfriend, ade ikut suami orang, ade ikut isteri orang. Tak kesahlah ikut sape pun tapi kes nye ialah lari dari rumah. Sebenarnya apa yg menjadi faktor berlakunya semua ni? Siapa yg harus dipersalahkan.? Mak kah? Ayah kah? Mama kah? Daddy kah? atau 100% kesalahan tu harus ditujukan terus menerus kepada si anak yang bertekad larikan diri tu?

Harus kita ingat bahawa dlm setiap apa yang berlaku mesti ade sebab. Ada hikmah. Sebab semua tu ujian dari Allah. Sebab hanya Allah yang berkuasa mengawal hati dan perasaan manusia. Hati berubah ke tak tu semua kuasa Allah. Kes anak lari rumah ini kalau diikutkan secara relatifnya memang anak tu dikire anak derhaka sebab tinggalkan mak ayah yang dah banyak berkorban untuknya. Amboi penulis pun. sampai term derhaka diberikan ke anak camni. Ok. Siapa yang bangun pagi sediakan sarapan kalau bukan mak.? Siapa yang bangun pagi drive keta hantar pergi skolah kalau bukan ayah.? Siapa keje siang malam hanya untuk secebis rezeki kalau bukan mak ayah.? Siapa yang paling sedih bila anak balas jasa dengan lari rumah macam ni kalau bukan ibu bapa? Jadi fikir-fikirkan lah.

Duhai anak. Haruslah diingatkan bahawa syurga itu dibawah telapak kaki ibumu. Tak kirelah kamu pegawai majistret, hakim, ketua menteri, perdana menteri hatta sultan skalipun namun jika ibumu disakiti maka dunialah untukmu dan tiada syurga bagimu. Sebagai anak haruslah kita ingat. Mak ayah telah byk menabur bakti dalam mendidik kita. Membela kita. Mengasihani kita. Sebab itu kita diunjurkan supaya selalu berdoa selepas solat : " Ya Allah, Engkau kasihanilah ibu bapaku seperti mana mereka mengasihani aku semenjak aku kecil lagi". Nie nak menunjukkan bahawa kita tak mungkin dapat membalas jasa ibu bapa sepenuhnya. Tapi tak bermakna saya suruh anda tak balas jasa mereka. Tu tetap kita kena laksanakan. Tapi sekalipun kita hadiahkan mercedes, ferrari, villa, kondo kat ibu bapa dah mencukupi bagi kita membalas jasa ibu bapa.? Tak. Semua itu tak mampu menandingi jasa mereka yang menghabiskan masa hidup mereka untuk kita. Betapa kasihnya dua insan bernama ibu dan ayah.

Sejahat-jahat ibu mungkin sukar dimaafkan oleh anaknya namun sejahat-jahat anak tidak mungkin gagal mendapat pengampunan dari ibunya. Betul ke ade kes camni? Yes. Banyak kes macam ni skarang. Ibu silap sikit je pun terus dihukum tapi anak yang banyak berdosa kpd ibunya masih disayangi oleh orang yg membawanya di dalam perut selama 9 bulan. Ibu mana yg sanggup melihat anaknya diazab di dunia.? Ibu mana yang sanggup melihat anaknya diseksa dikuburan.? Ayah mane yg tidak menitiskan air mata jika anaknya meninggikan suara.? Ayah mane yg tidak menitiskan air mata jika anaknya mengherdiknya.?

Duhai anak. Jangan kita berbuat demikian. Kerana kelak kamu pasti akan mendapat pengalaman yang sama. Jangan fikir kamu selamat di dunia apatah lagi di akhirat. Dulu mungkin kamu meninggalkan ibu ayahmu namun kelak tidak mustahil anakmu berbuat demikian bahkan lagi teruk dari apa yg kamu lakukan. Jadi muhasabahlah dirimu sebelum bertindak liar. Sebelum kata menghiris hari seorang ibu dan ayah. Berfikirlah jika kamu mampu hidup tanpa jasa mereka. Berfikirlah jika kamu mendapat kemewahan tanpa pengorbanan ibu ayah..Dan itu lebih baik bagi kamu. Wassalam

No comments:

Post a Comment