Sunday 19 February 2012

Wanita Penyeri Dunia

Assalamualaikum wbt kepada semua yang sudi menyinggahkan mata dah akal anda untuk baca blog ini. teruskan pembacaan anda untuk entry kali ini. Khas buat insan bernama wanita.

Sesungguhnya telah disabdakan oleh Rasulullah SAW bahawa dunia ini dipenuhi dengan perhiasan dan sebaik-baik hiasan (yang paling berseri) adalah mereka bernama wanita. Betapa tingginya martabat kaum hawa dalam Islam sehinggakan diletakkan sebegitu rupa. dan aku golongan Adam sangat mencemburuinya. Tidakkah bangga kamu wahai wanita akan kedudukan kamu di dunia ini?

Pesanan untuk mereka bernama wanita :

Dalam dunia ini ada dua jenis mutiara. Sesungguhnya mutiara ini melambangkan kehebatan seseorang bernama wanita. Yang mana tidak bermakna kamu (wanita) tidak memakai mutiara bermakna kamu lemah atau rendah bahkan mereka yang memakai mutiara itu boleh menjadi lebih rendah daripada kamu yang tidak memakainya.

Dua mutiara yang aku maksudkan ialah mutiara perlambangan. Terdapat mutiara di pesisiran pantai yang sukar dibezakan dengan pepasir yang memutih namun pasti mudah diambil jika dijumpai. Mudah digilap oleh manusia menjadi berkilat. Namun mungkin ianya hanya kilatan sementara. Kilatan yang tidak bertahan selamanya.

Mutiara kedua ialah mutiara yang jauh berada di dasar lautan di bawah tutupan cangkerang tiram (dalam geologi dipanggil Saccostrea Culcullata) yang mana mutiara ini sukar dijumpai. Sukar untuk diambil kecuali mereka yang hebat. Sukar digilap agar berkilat kecuali mereka yang terer. Sukar dibezakan dengan tiram yang kosong kerana semua tiram sama kecuali mereka yang pakar dalam membezakannya. Sekali digilap selamanya berkilat. Kerana itulah mutiara yang dikatakan perhiasan sebaik dunia.

Maka pilihan adalah ditangan mu (wanita) untuk menjadi mutiara di pesisiran pantai yang memutihi garis pantai ataupun mutiara yang berlidung dibawah litupan cangkerang keras tiram yang tersembunyi kedudukannya namun disedari kehebatannya di dunia ini.

Ikhlas dari aku bernama lelaki

1 comment:

  1. sebaik2 wanita adalah wanita solehah... smoga pyeri dunia, bidadari di syurga sahabatku ni adalh yg tbaik mu.. ^_^

    ReplyDelete